Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 13 Ogos 2015

Ulasan: PIXELS (2015)



SINOPSIS:
Filem aksi komedi ini diarahkan oleh Chris Columbus dan ditulis berdasarkan filem pendek oleh Patrick Jean. Filem ini mengisahkan tentang Presiden Will Cooper yang terpaksa meminta kawan baiknya untuk menjadi ketua bagi sekumpulan pemain game dalam usaha mereka menentang serangan daripada makhluk asing, yang telah salah tafsir permainan video di bumi dan menyangka bahawa manusia ingin berperang dengan mereka.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 13 Ogos 2015
Genre: Komedi / Fiksyen Sains
Durasi: 1 Jam 46 Minit
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pelakon: Adam Sandler, Kevin James, Michelle Monaghan, Peter Dinklage, Josh Gad, Brian Cox
Pengarah: Chris Columbus
Format: 2D, 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX, 2D AURO



Ulasan:

Apa yang boleh aku katakan mengenai movie ni, BEST dah OHSEM! Mungkin bagi sesetengah orang tak best, tapi bagi aku cerita ni best sebab kelakar, dan teruja nak tengok peperangan yang melibatkan permainan video era 80-an yang tetiba muncul di dunia nyata. Yang buat tak boleh blah, bila kawan baik si watak utama Will Cooper tu dah besar tetiba jadi MENTERI. Hebat!!!

Saat menonton filem ini anda tidak akan kering gusi dengan dialog-dialog kelakar dari setiap watak. Jalan cerita yang tak terlalu berat tapi menggunakan kesan khas CGI yang MELETOP, membuatkan cerita ni mudah dihadam dan sesuai untuk hilangkan sebarang tekanan fikiran, jiwa dan tekanan darah tinggi.

Cuma di awal cerita, agak slow kerana lebih banyak membebel. Sebab kalau tak ada babak membebel tu karang, penonton tak faham pulak. So, kenalah tengok. Menguap? Hebatnya cerita ni buat iols tak menguap langsung. 1 jam 46 minit terasa macam 50 minit aje. Sebab teruja sangat tengok pertempuran manusia di bumi dengan alien dari planet lain berperang dengan kaedah permainan video zaman 80an. Selain dapat berhibur, dapat juga anda mengimbau kenangan lalu permainan video zaman 80-90an .

Di sarankan tonton untuk yang tertekan. Dari 5 bintang, iols bagi 4bintang. Terbaik!!!





Mantap