Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 3 September 2015

Ulasan Filem: The Transporter Refueled (2015)



The Transporter Refueled
Frank Martin adalah seorang bekas tentera upahan yang kini hidup tanpa risiko bahaya. Namun dia mempunyai pekerjaan menghantar barang rahsia daripada individu meragukan. Apabila ayah Frank datang melawatnya di selatan Perancis, hujung minggu mereka tidak seperti yang dirancang kerana seorang wanita bernama Anna dan tiga rakannya telah menggunakan khidmat Frank untuk melakukan rompakan bank. Selain itu, Frank juga terpaksa berdepan dengan masalah diburu oleh anggota mafia Rusia.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 3 September 2015
Genre: Aksi
Durasi: 1 Jam 36 Minit
Pengedar: RAINFILM SDN BHD
Pelakon: Ed Skrein, Ray Stevenson, Loan Chabanol
Pengarah: Camille Delamarre
Format: 2D, IMAX 2D


Ulasan:

Apa yang boleh dikatakan tentang filem ini adalah, MENARIK dan HEBAT! Jalan cerita yang penuh konflik dan debaran buat sesiapa yang menonton tidak akan mengantuk. Dimulakan dengan babak prolog yang buat penonton bermain dengan persoalan. Minit-minit seterusnya barulah setiap persoalan yang dicetuskan dipermulaan cerita mula terungkai.

Tengok cerita ini ada akan dibayangi siri Mission Impossible. Aksi yang ada di dalam cerita ini lebih-lebih lagi babak pelanggaran, nampak real dan sangat menakjubkan. Ada tengok trailer dia, katanya setiap babak pelanggaran dalam cerita ini dibuat dengan kenderaan sebenar tanpa bantuan CGI yang terlalu banyak. Katanyalah. Apa-apa pun memang real setiap babak kemalangan yang dibuat.

Seronok bila tengok rancangan empat wanita bekas pekerja/pelacur untuk membalas dendam pada 'bapak ayam' yang telah mengelapkan hidup mereka sejak mereka kecil lagi. Rompakan yang dibuat di setiap ketua mafia Russia tu memang terbaik. Memang ala-ala Mission Impossible gamaknya. Tapi yang buat props cerita ni tak menarik bila tiga perempuan tu mengenakan wig/rambut palsu blonde yang kejung. Istilah lain guna wig murahan. Kalau dia gunakan wig yang lebih lembut dan berkualiti mungkin lebih menarik. Dah macam robot dah rambut memasing.

Ed Skrein memegang watak Frank tu memang tak mengecewakan.  Memang menarik dan sangat elegen gaya dia sesuai dengan watak dia seorang penghantar profesional yang berjaya. Babak dia berlawan dengan sebelah tangan tu sangat menarik. Menyerlahkan yang dia ni seorang bekas tentera yang hebat. Tup2 ada babak beromen atas katil dengan si Anna. So, mana2 ada anak kecil tu jangan nak bawak tengok cerita ni ya? Dalam babak emosi antara nak bunuh ke tak, tetap sempat bercomolot.. haiyooo sabar ajelahhh.. Tengok Ed Skrein ni, aku dibayangi dengan Nicholas Hoult. Sebab wajah mereka hampar sama dan senyum dan bibir mereka pun sama. Adakah mereka berdua adik beradik atau ada bau-bau bacang? Nanti iols try risik... hahaha...

Apa-apa pun dari 5 bintang iols bagi 4 bintang untuk cerita ni. Walaupun cerita ni hanya memakan masa 1 jam 36 minit termauk title credit, disebabkan ada dua kali konflik besar dalam cerita ni membuatkan cerita ni macam 2 jam. Sesuai untuk mereka yang suka menonton filem penuh aksi dan mendebarkan.






Mantap