Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 30 Mac 2016

BANGLO SEKSYEN 12 karya seram solo HASRUDI JAWAWI akan datang.


Selepas TOWN MALL mungkin Hasrudi Jawawi akan muncul dengan kerya solo seram terbaru dengan tajuk BANGLO SEKSYEN 12. Mengisahkan tentang sebuah banglo usang yang menyimpan pelbagai misteri di Shah Alam. Berikut adalah sinopsisnya:

'Dia datang bila cahaya menghilang...'

Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu lima belas tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang.

Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranomal dengan nama Ghost To Ghost telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada. Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet?

Mereka telah memilih bangunan yang terletak di Seksyen 12 itu sebagai lokasi merakam aktiviti paranormal yang seterusnya. Ada tiga ahli jemputan yang dipilih secara rawak melalui page Facebook kumpulan mereka. Walaupun kumpulan mereka masih belum terkenal, tetapi kumpulan mereka tetap dikenali di univerisiti di mana mereka menutut. Video-video rakamanan aktiviri paranormal mereka di Youtube juga mendapat tontonan tinggi dari pengikut-pengikut pereka.

Fahmi, Riena dan Aqeel adalah ahli jemputan mereka. Sengaja mereka memilih pelajar yang menutut satu universiti dengan mereka supaya memudahkan mereka untuk saling berhubung. Disebabkan kesilapan Fazlie, tragedi lima belas tahun lalu berulang kembali.

Tatkala mereka sedang menjalankan sesi rakaman di banglo tersebut, mereka telah diganggu oleh makhluk berjubah hitam, bermata merah menyala dan bertanduk persis seladang! Makhluk apakah itu? Apa kaitan makhluk itu dengan mereka sehingga menyebabkan tragedi lima belas tahun lalu berulang kembali? Apa kesilapan yang telah Fazlie lakukan?

Karya ini sudah boleh di baca bab awal di Wattpad beliau @hasrudijawawi. Kini linkini untuk baca. : https://www.wattpad.com/story/61829335-banglo-seksyen-12






Mantap