Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 5 Mac 2016

GUCCI OUD & QU PUTEH OUD; Dua Haruman Berasaskan Gaharu


SEJAK akhir-akhir ini, haruman berasaskan OUD atau GAHARU semakin mendapat tempat di pasaran. Banyak juga pengeluaran haruman jenama antarabangsa mengeluarkan perfume berasaskan gaharu/oud. Berikut adalah di antara haruman jenama antarabangsa yang berasaskan gaharu sebagai nota haruman yang paling kuat:


Sebenarnya banyak lagi jenama perfume antarabangsa lain yang keluarkan perfume berasaskan gaharu. Seperti yang sedia maklum, gaharu adalah di antara bahan haruman paling mahal dalam dunia kerana mempunyai bau yang harum, kuat dan tahan lama sehingga 48 jam andai dibuat haruman PARFUM. Sebab itu kebanyakan haruman jenama antarabangsa berlumba-lumba mahu mengeluarkan haruman berasaskan gaharu. Kerana haruman ini haruman mewah dan sesuai untuk anda yang bercitarasa tinggi. Dan harga untuk haruman berasaskan gaharu kebanyakannya agak mahal berbanding dengan haruman bau-bauan yang lain. Lanjut tentang gaharu klik ini.

Namun di posting kali ini, iols hanya akan mengulas atau ala-ala review berkaitan dengan dua jenama haruman ini sahaja. Satu haruman jenama antarabangsa satu lagi haruman dari jenama tempatan. Jangan ingat yang berjenama tu tahan lama dan best baunya berbanding jenama tempatan ya?



Baru-baru ini iols ada beli haruman berasaskan OUD dari GUCCI dan Qu Puteh OUD dari DSV Signature. Sejujurnya, iols beli GUCCI OUD terlebih dahulu berulah beli Qu Puteh OUD. Kekonon nak feeling-feeling meletoplah beli Gucci OUD, sebab ramai yang kata perfume berasaskan OUD ni best. So, iols gigihlah pergi kaunter beli GUCCI OUD yang harganya, ya ampun!!! Dah macam boleh beli cincin emas yang design biasa-biasa!!! Cuba tester, best! Terus beli...

Beberapa hari kemudian, keluar pula Qu Puteh OUD di pasaran dengan harga empat kali lebih murah dari GUCCI OUD. So, iols pun gigih membandingkan dua haruman perfume ini.


GUCCI OUD:
Bagi iols perfume ni bau dia biasa-biasa aje. Baunya bagai kobinasi gaharu dengan ros atau mawar semata-mata. Semburan kali pertama memang bau mawar yang pekat. Sekilas seperti bau LOLA by MARC JACOBS. Namun, kelama-lamaan, bau gaharunya baru menyerlah. Tapi agak kuat dan menyengat baunya lantas menewaskan bau mawar saat kali pertama disembur. Walaupun baunya kuat dan menyengat, tapi tak terlalu long lasting.



QU PUTEH OUD:
Memandangkan perfume ni susah nak tengok penjual jual siap ada tester, iosl tutup mata ajelah beli dengan harga RM88 dari harga asal RM90++. Tak pasti kenapa murah, mungkin penjual tersebut dapat harga murah masa beli borong kut? Sampai rumah iols terus try sembur. TERUS IOLS TERPIKAT! Baunya yang lembut, segar dan best, membuatkan haruman ni mengalahkan GUCCI OUD! Mungkin sebab iols ni jenis suka bau yang lembut, membuatkan iols suka sangat dengan bau Qu Puteh OUD ni. Bau gaharunya tak kuat dan tak menyengat sangat. Lite2 jek...


KONKLUSI: So, konklusinya, iols lebih suka Qu Puteh OUD, kerana tahap ketahannya boleh tahan lama. Baunya lembut dan segar. Itu yang penting. Sesuai untuk mereka yang suka bau segar. Sesuailah untuk diguna harian. Tapi, mana yang suka bau gaharu yang kuat, GUCCI OUD pilihan yang terbaik. So, kalau uols rasa nak berbau seperti orang kaya dengan harga yang berpatutan, Qu Puteh OUD pilihan terbaik. Harga bawah RM100 untuk 50ml. Sembur sikit dah semerbak wangi.

Walaupun iols ni jenis suka perfume berjenama antarabangsa, namun iols tetap beli perfume jenama tempatan. Terkadang yang mahal tu tak semestinya gempak. Dan kekadang ang murah tu lebih kebaboom dari yang mahal. Jadi, Qu Puteh OUD, iols memang sarankan anda miliki... terbaik!



Mantap