Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 6 Mac 2016

MARC JACOBS DECADENCE




MARC JACOBS telah mengeluarkan haruman terbarunya untuk 2015 sebagai Decadence. Kali pertama iols cuba bau perfume ni di Parkson Mahkota Parade Melaka terus iols terpikat dan tergoda. Bau saat kali pertama semburan memang sedap. Terserlah bau elegant dan menawannya. Lebih-lebih lagi ianya hanya dikeluarkan dengan versi Eau De Parfum buat masa ini. Memang baunya kuat dan kelama-lamaan baunya berubah lembut dan mula sweet.

Sesuai untuk mereka yang berkejaya dan ingin tampil dengan haruman mewah dan jelita. Selepas beberapa jam haruman ini akan bertukar haruman manis seakan coklat dan serta merta akan mengingatkan anda pada perfume La Vie est Belle by Loncome. Saling tak tumpah!

Selain baunya yang best dan menarik, rekaan botolnya turut eksklusif menyerupai tas tangan wanita. Siap ada handle yang ada boleh hand-carry. Tapi masa baru buka kotak sahajalah anda boleh hand-carry sebab penutupnya masih ketat. Nescaya kalau dah lama di buka tutup, pasang tutup, penutupnya pasti akan longgar dan di ketikaitu janganlah uols mengada-mengada nak hand-carry bagai. Tak memasal tercampak botolnya, berderai atas lantai, menangis tak berlagu uols nanti.

Dijual dan kuantiti 30ml, 50ml dan 100ml, memandangkan harganya yang cukup mahal. Di kaunter, untuk 30ml sahaja harganya sudah mencecah RM250++. Kalau yang 100ml yang macam iols beli, boleh kira sendiri, kan?

Kotak perfume ini diperbuat dari kertas tapi dengan konsep baldu dengan tulis gold menampakan yang perfume ini memang eksklusif dan mewah. Long lasting sehingga 48 jam. Anda sembur pada pergelangan tangan anda, selepas 48 jam pun, masih berbau lagi perfume ini pada lengan anda walaupun anda sudah mandi dan mencuci tangan. Sebab itu perfume ini mahal kut?

Untuk pengemar atau pengumpul perfume, iols rasa perfume ini perlu anda miliki kerana design botolnya yang unik dan menarik. Sesuai untuk mereka yang suka bau mewah dan sweet.




Mantap