Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 13 Mac 2016

Perfume D' HAJA by FASHA SANDHA


Selepas Rozita Che Wan, Shiela Rusly, Rita Rudaini, Remy Ishak, Dato' AC, Bunkface dan Kaka Azraff, kini aktres terkenal Fasha Sandha pula mengeluarkan produk harumannya. Perfume yang diberi nama D' Haja ini katanya berbau floral, soft dan fresh. Tak pasti baunya macam mana sebab iols tak cuba lagi. 

Dikeluarkan dalam kuantiti 30ml dengan harga RM37 kalau tak silap. Sejujurnya iols suka design kotak dan cetakan pada botolnya. Ada grafik vector dirinya sendiri yang nampak elegant dan sangat Fasha Sandha. Walaupun rekaan botolnya sebijik macam perfume RUMI FOR HER by REMY ISHAK, tapi disebabkan grafik pada kotak dan botolnya menarik, menampakan perfume ini sangat eksklusif dan menarik. Iols harap baunya pun eksklusif dan mewah.

Nantikan review iols untuk perfume ini di masa akan datang ;) InsyaALLAH...


Tiba-tiba iols macam teruja nak tahu macam mana bau perfume Fasha Sanda ni. Hehehe... Khabarnya akan mula dijual hujung bulan MAC nanti dan paling awal pun pada minggu ketiga bulan ini. Sama-samalah kita nantikan!






Mantap