Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 6 Mac 2016

PERFUME SELEBRITI MALAYSIA


SEJAK beberapa tahun ke belakangan ni, selepas Che Ta (Rozita Che Wan) mengeluran harumannya sendiri yang diberi nama Precious, beberapa lagi artis terkenal Malaysia mula mengikut jejak langkahnya dengan mengeluaran haruman jenama mereka sendiri. Selain untuk menambah pendapatan, iols yakin, mereka juga ingin berkongsi haruman kegemaran mereka bersama peminat-peminat mereka. 

Di posting ini, iols nak bongkarkan, ceh! bongkar katanya, wal hal dah heboh satu malaya, tentang artis Malaysia yang sudah ada haruman jenama sendiri. Khas untuk anda yang mungkin tak tahu.

Seperti yang sedia maklum, selepas Dato' Siti Nurhaliza mengeluarkan harumannya sendiri di bawah label SIMPLYSITI dan Ning Baizura dengan NING, Che Ta pula mengeluarkan haruman jenamanya sendiri. Namun, iols rasa haruman Che Ta lagi eksklusif kerana labelnya di bawah nama beliau sendiri berbanding Dato' Siti Nurhaliza yang seakan menempel di sebalik nama SIMPLYSITI. Iols rasa kalau Dato' Siti keluarkan perfume dengan namanya sendiri, dan dijual secara eksklusif di toko-toko minyak wangi terbesar di negara ini, pasti lebih eksklusif. Malangnya, haruman dari beliau bagi oils standard perfume Silkygirl dan seangkatan dengannya.

Okey, merepek dah. Kang ada Siti Zoner hentam aku pulak. #jangankecamsaya

PRECIOUS dan GORGEOUS by RCW
Berbalik pada perfume selebirit ni, Che Ta lah retis kedua yang mengeluarkan perfume jenamanya sendiri yang diberi nama Precious. SimplySiti pun ada perfume dia nama Precious tapi tak seletup Precious by Che Ta ni.


Dua tahun kemudian, Che Ta mengeluarkan pula haruman terbaru yang bernama Gorgeous. Base note masih sama, rose sebagai nota haruman utama. Bagi iols, Precious lebih harum berbanding Gorgeous.

Tak memasal, anak Che Ta yang bernama Ammar Effendy tu pun keluar perfume dia sendiri yang diberi nama 93 by AE... Tak pasti nak kategorikan selebriti ke tidak. Hahaha...


Baunya macam mana? Ada yang kata baunya sebijik SPORT by GUCCI for men.


ADORABLE CLASSY dan STUNNING by RITA RUDAINI
Selepas Che Ta, Janda beranak dua dan merupakan bekas isteri kepada pemain bola sepak negara, iaitu Rita Rudaini telah melancarkan harumannya sendiri. Dua jenis sekali gus dia keluarkan uols! Terus menewaskan Che Ta. Perfume Rita Rudaini yang diberi nama Adorable dikeluarkan dalam dua jenis haruman iaitu Stunning dan Calassy. Iols tak pasti, baunya macam mana sebab, iols tak beli lagi kerana perfume ni susah nak cari kat kedai perfume atau kedai jamu kat sini.


Ada yang kata, bau perfume Rita Rudaini kedua-duanya bau sweet. Ada juga yang kata baunya seakan kopi dan coklat. Tak pasti pula. Mungkin baunya seakan Theirry Mugler Angel barang kali memandangkan beliau suka akan bau perfum tersebut.

Bab design botolnya pula, terlalu biasa kerana botol tersebut ada juga haruman lain telah menggunakan design botol yang sama. So, hak eksklusifnya agak kurang di situ.


MATAHARI by SHIELA RUSLY
Serentak dengan Rita, pengacara, pelakon dan penerbit drama terkenal SHIELA RUSLY juga mengeluarkan harumannya sendiri yang diberi nama Matahari. Iols tak pasti baunya macam mana. Adakah baunya seakan perfum Sun Flower by Elizabeth Arden? Tak dapat nak dipastikan sebab tak try beli atau cuba lagi.


Rekaan botolnya juga simple dan bisa dimiliki di kedai menjual botol perfume. Maknanya design botolnya bukan hak eksklusif Shiela Rusly. Dia menggunaka botol sedia ada di pasaran. 


REVOLUTION dan FOR HER by BUNKFACE
Selepas Rita Rudaini dan Shiela Rusly, band indie, Bunkface pula mengeluarkan haruman mereka dalam dua jenis. Masih mengekalkan nama band mereka sebagai label haruman mereka cuma diasingkan dengan jenis perfume untuk lelaki dan wanita. Ini artis pertama yang keluarkan perfume untuk lelaki dan wanita dalam masa yang sama. Hanya untuk lelaki sahaja diberi nama Revolution. 


Macam mana baunya? Menurut komen pembeli, ada yang kata bau seakan Sport by Hugo Bos untuk lelaki dan Dior Addict untuk wanita. 

Bagi design botolnya juga turut biasa dan ada dijual di kedai-kedai perfume inspirasi.


DAC VERSATILE dan DER AMAZE by Dato' AC MIZAL
Rasanya tahun ni ramai artis atau selebriti Malaysia keluarkan perfume jenama sendiri. Tidak ketinggalan pengacara paling meletup Dato' AC Mizal juga mengeluarkan perfume jenamanya sendiri. Hebatnya Dato' AC bila dia keluarkan serentak dengan jenama isterinya juga. Ada dua jenis haruman. Untuk Lelaki dan wanita. Untuk lelaki diberi nama DAC (mungkin singkatan untuk DATO' AC) VERSATILE mana kala untuk wanita DER (mungkin singkatan untuk Datin Emylia Rosnaida) AMAZE.

Kotak dah cantik, cuma agak mengecewakan design botolnya kerana design botolnya nampak murah dan tak ada hak eksklusif. Sepatutnya Dato' AC yang dah ada title Dato' mintak pihak pengilang design botol sendiri dan bukannya pilih botol rekaan sedia ada yang mana melambak-lambak di kedai perfume inspirasi di serata Malaysia. Dan harga botolnya hanya RM1.90 andai dibeli dengan kuantiti yang banyak. Di situ sudah menampakan tak eksklusifnya perfume Dato' AC ini.

Macam mana baunya? Iols pun tak pasti baunya sedap ke tak, sebab susah nak jumpa perfume dekat mana-mana kedai.


KRIEZ by KAKA AZRAFF
Selepas Bunkface dan Dato AC Mizal dengan Evolutionnya, Kaka Azraff pula tetap tidak mahu ketinggalan. Muncul dengan haruman pertamanya yang diberi title KRIEZ. Tak pasti perfume ni dah di lancarkan atau belum sebab macam penjualannya tak berapa nak meluas. Tapi iols suka design botolnya yang lain dan eksklusif. 


Bagaimanakah baunya? Iols pun tak tahu sebab susah benar nak jumpa perfume ni dekat kedai-kedai dan iols rasa ala2 malas nak beli online hahaha...so tak dapat nak review baunya macam mana. Cuma design kotaknya agak simple dan sepertinya tiada element mahal. Mungkin Kaka nak fokus pada botol perfumenya sahaja kut? Lagipun, kotak tu bukan orang simpan pun. Buang lepas buka. Hahahaha...


RUMI by REMY ISHAK
Dan yang terbaru dan baru sahaja dilancarkan pertengahan Februai lalu, REMY ISHAK telah mengeluarkan perfumenya sendiri yang diberi nama RUMI. Dikeluarkan dalam dua versi iaitu For Her dan For Him. Katanya sudah bertahun dia merancang hendak mengeluarkan perfume jenamanya sendiri, hanya baru tahun ini dia berjaya mengelaurkan perfumenya sendiri.



Bagimana baunya? Yang pasti iols tak tahu bau untuk for him. Tapi yang versi for her, katanya baunya seakan bau perfume Che Ta, Precious. Benarkah??? Mungkin dari suppler perfume yang sama kut? Cumanya design botol RUMI lebih cantik dan eksklusif berbanding perfume-perfume selebrity yang lain. Sungguh pun begitu, sekilas iols tengok botol RUMI, iols dah agak, pasti diinspirasikan dari botol Chanel Change dan Bleu by Chanel. Sejibik! Cuma yang RUMI ni versi botol kecil 30ml.

D' HAJA by FASHA SANDHA


Selepas Rozita Che Wan, Shiela Rusly, Rita Rudaini, Remy Ishak, Dato' AC, Bunkface dan Kaka Azraff, kini aktres terkenal Fasha Sandha pula mengeluarkan produk harumannya. Perfume yang diberi nama D' Haja ini katanya berbau floral, soft dan fresh. Tak pasti baunya macam mana sebab iols tak cuba lagi.

Dikeluarkan dalam kuantiti 30ml dengan harga RM37 kalau tak silap. Sejujurnya iols suka design kotak dan cetakan pada botolnya. Ada grafik vector dirinya sendiri yang nampak elegant dan sangat Fasha Sandha. Walaupun rekaan botolnya sebijik macam perfume RUMI FOR HER by REMY ISHAK, tapi disebabkan grafik pada kotak dan botolnya menarik, menampakan perfume ini sangat eksklusif dan menarik. Iols harap baunya pun eksklusif dan mewah.


FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU
Mesti uols ingat perfume selebriti Malaysia ni macam jenama antarabangsa, kan? Yang mana mereka nak hasilkan produk haruman mereka sendiri, mereka akan mencuba mencari haruman sendiri dengan menggunakan pati haruman yang berasingan dan dititiskan mengikut kuantiti yang diingini sehinggalah haruman yang diingini bisa dimiliki.

Untuk perfume selebiriti Malaysia ni sebenarnya, mereka hanya menggunakan haruman inspirasi sahaja. Seperti Precious by RCW, baunya diinspirasikan dari haruman Burberry My Burberry. Perfume anaknya 93 by AE sebijik SPORT by GUCCI katanya. Begitu juga dengan perfum-perfume selebriti yang lain. Kalau mereka nak cipta haruman bau tersendiri pasti akan memakan masa dan kos yang lebih tinggi. So, pilih sahajalah perfume sedia ada dan isi sahaja pada botol sedia ada. Labelkan. Mudah kan? Yang penting LONG LASTING!

P/S: kut-kut ada yang nak sponsor perfume-perfume di atas untuk iols, silakanlah yer. nanti iols review pakej promote kedai uols! hahaha...


Mantap