Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 27 Mac 2016

Ulasan Filem: 13 Hours: The Secret Soldiers Of Benghazi



13 Hours: The Secret Soldiers Of Benghazi

Pada ulang tahun ke-11 serangan 11 September, sekumpulan militan pengganas menyerang kedutaan Amerika Syarikat dan CIA Annex di Benghazi, Libya. Empat rakyat Amerika termasuk Duta AS J. Christopher Stevens terbunuh ketika serangan. Kumpulan keselamatan terdiri daripada enam orang telah dihantar untuk mempertahankan rakyat Amerika yang masih selamat.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 17 Mac 2016
Genre: Aksi / Drama / Ngeri
Durasi: 2 Jam 24 Minit
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: James Badge Dale, John Krasinski, Toby Stephens, Pablo Schreiber
Pengarah: Michael Bay
Format: 2D


ULASAN DAN PENILAIAN:

Pada mereka yang agak sensitif pada isu perkauman, agama dan mentaliti yang melibatkan 'Islam adalah Penganas' yang pernah berlaku sebalum ini, dinasihatkan untuk tidak menonton filem ini. Bimbang anda akan beremosi dan tidak dapat menerima jalan cerita filem ini yang melebihkan pada pihak Amerika. Dah sah-sah dia orang yang buat cerita ni, dah pasti dia orang mengenang tentera mereka yang tertewas, kan?

Kena berfikiran terbuka dan lapang dada semasa menonton filem ini. Filem ini sesuai untuk mereka yang suka filem aksi peperangan. Walaupun pada awal cerita agak slow dengan babak-babak setiap tentera berhubung dengan keluarga masing-masing yang mana endingnya hanya diceritakan pasal keluarga mereka melalui perkataan secara slide show, babak suspens tetap ada di sana sini.

Sejujurnya, dari minit pertama aku dah tahu ending filem ni macam mana. So, keterujaan tu tak ada, cuma berdebar dan sespen tu adalah semasa mereka berperang tu. Aku tak tahu nak ulas apa lagi, sebab cerita ni memang kisahnya berada tak lebih dari 5 lokasi. Berpusing-pusing di situ sahaja selama 2 jam 24 minit.

Dari 5 bintang aku kasi 2.5 Bintang sahaja.

Penilaian untuk filem ini iols buat dalam grafik carta berikut:











Mantap