Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 24 Mac 2016

Ulasan Filem: Batman V Superman: Dawn Of Justice



Batman V Superman: Dawn Of Justice

Batman mahu menumpaskan Superman kerana bimbang dengan tindakan Superman. Sementara mereka berdua bertempur, Lex Luthor mencipta ancaman baru iaitu Doomsday. Kedua-dua mereka perlu mengenepikan perbezaan mereka dan bersama dengan Wonder Woman menghentikan rancangan Lex Luthor dari memusnahkan Metropolis.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 24 Mac 2016
Genre: Aksi / Superhero
Durasi: 2 Jam 31 Minit
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Jesse Eisenberg, Diane Lane, Laurence Fishburne, Jeremy Irons, Gal Gadot
Pengarah: Zack Snyder
Format: 2D, 3D, IMAX 3D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX, 2D AURO

ULASANKU:

Aku rasa, filem ni sesuai  untuk mereka yang dah tonton siri Batman dan Superman yang pernah ditayangan sebelum ini. Bimbang kalau tak pernah mengikuti siri baik drama atau filem Batman dan Superman, anda tak akan faham jalan cerita ni, dan watak-watak yang ada. Yalah, dua cerita superhero, digabungkan dalam 1 filem. For sure-lah watak-watak dalam dua siri tersebut berkecamuk dalam cerita ni.

Aku tak pasti kenapa Warner Bros. Pictures nak kena buat filem Batman Vs Superman ni. Sebab, awal cerita memang ada diceritakan sedikit salah silah macam mana Batman boleh terjadi. Cuma salah silah Superman tidak diceritakan. Jadi, sesiapa yang tak tengok Superman sebelum ni, sila jangan feeling2 mabuk ketum masa tengok filem ni occey!

Filem ni macam kisah apa yang berlaku di sebalik petempuran Superman melawan makhluk dari angkasa lepas tu. Batman yang masa tu ada di tempat kejadian telah melihat kerosakan Metropolis dan mengakibatkan banyak kematian disebabkan Superman  dan dia menyimpan dendam pada Superman. Lupa pulak siapa nama watak Batman masa dia jadi manusia. Hahaha... nampak sangat aku tak mengikuti siri Batman sebelum ni.

Dalam masa yang sama Superman/Clark Kent yang dah jadi wartawan masa tu sibuk membuat berita memburukan Batman. Rasanya tajuk cerita kena terbalikkan kut, Superman vs Batman. Baru sedap. Hahaha...

Kisah Batman dan Superman agak seimbang. Namun, rasanya motif pertelingkah adalah disebabkan dendam Batman pada Superman yang melibatkan kematian kedua-dua orang tuanya. Aku yang macam tak mengikuti keseluruhan siri Superman ni, aku tak tau apa kaitan Superman dengan kematian ibu bapa Batman. Acaner tuh?

Amy Adams yang memegang watak Lois Lane, nampak tua uols! Bercinta dengan Hendry Cevill yang masih nampak muda dan bergetah.. wow!!! Nampak macam janggal. Dah macam Clark Kent anak ikan Lois Lane. Hahaha... Ni konsepnya masih mengekalkan pelakon asal ke apa? Batman pun dah tua dalam cite ni. Namun, tetap sador!! Itu harus diberi pujian hebat.

Sangat aneh dalam cerita ni, di awal cerita Superman telah merosakan Metropolis disebabkan pertempuran hebatnya dengan makhluk asing, kut? Tapi dalam masa tak sampai 2 tahun, Metropolis sudah pulih sepenuhnya! Hebat tak teknologi pembinaan mereka? Kalah Jepun uols! Konsep logo ke haper??? Projek membina mall kat Malaysia ni pun kekadang memakan masa dekat 3 tahun lebih baru siap. Tu pun kekadang terbabas sampai 10 tahun, siap pakej berhantu bagai baru siap. Acaner? Town Mall sangat konsepnya! Hahaha...

Kisahnya lebih kepada pertikaian penduduk Metropolis sama ada Superman itu superhero yang perlu dibanggakan atau sebenarnya dia perosak bumi? Superman siap gigih muncul kat mahkamah untuk membela diri. Hebat sangat babak ni. Bangga gitu berjalan menuju ke mahkahmah.

Lex Luthor jadi watak jahat dalam cerita ni. Dialah penyebab makhluk yang dah Superman bunuh kembali bernyawa. Dan, Metropolis kembali hancur lagi. Aku tak pasti besar sangat ke Metropolis ni sampaikann sudah kena serang dengan alien, tetap bangunannya berjaya dibangunkan semula dalam masa setahun lebih. Hebat sungguh... Boleh dipuji teknologi construction di Metropolis.

Watak Wonder Women tu, macam tak penting bagi aku. Macam tak ada motif nak muncul. Dia muncul hanya untuk merampas file yang dicuri Batman. Kemudian, muncul di akhir cerita menetang makhluk alien tu. Itu aje. Ada smabungan ke haper filem ni? Pelakon-pelakonnya dah ikat kontrak sampai mati??? Fitam!

Aksi dalam filem ni memang gempaklah. Kehancuran yang dibuat di dalam filem ini pun harus dipuji. CGI memang hebat. Watak-wataknya menarik. Tetap ada babak Clark Kent comolot Lois Lane. Wajib kena ada kut? Hahahaha...

Dari 5 bintang, aku kasi 3 bintang sahaja untuk filem ini yang memakan masa 2 jam 31 minit. Jenuh!












Mantap