Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 6 Mac 2016

Ulasan Filem: BOBOIBOY THE MOVIE



BoBoiBoy The Movie

Sekumpulan makhluk asing bernama The Tengkotak tiba di bumi dan menculik Ochobot. Mereka mahu menggunakannya untuk mencari sebuah Sfera Kuasa yang tersembunyi di bumi. BoBoiBoy dan kawan-kawannya perlu menyelamatkan Ochobot dan membongkar rahsia di sebalik Sfera Kuasa tersebut.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: U
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2016
Genre: Animasi
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pelakon: Nur Fathiah Diaz, Anas Abdul Aziz, Dzubir Mohamed Zakaria
Pengarah: Mohd Nizam Abdul Razak
Format: 2D


ULASAN:

Kepada yang telah mengikuti siri Boboiboy di televisyen, anda wajib menonton filem animasi kedua paling meletop selepas filem animasi terbitan Les Copaque iaitu UPIN & IPIN AND THE GENG yang telah memberi pulangan yang agak lumayan selepas beberapa hari ditayangkan.

Sejarah animasi Malaysia berulang semula melalui filem animasi Boboiboy The Movie ini bila mana telah mengutip jualan RM1 JUTA RINGGIT selepas dua hari tayangan! Tak ke hebat tu? InsyaALLAH akan bertambah jumlah pulangannya selepas ini memandangkan filem ini adalah kegilaan kanak-kanak dan semua peringkat umur.

Mungkin ada yang menganggap filem ini hanya sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak sahaja. Hakikatnya tidak. Elimen aksi dan humor komedi yang diselitkan dalam filem ini sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur.

Walaupun plot cerita hanya berkisahkan misi Boboiboy dan rakan-rakan mahu menyelamatkan Ochobot dari kumpulan Tengkotak, emelen kelakar, persahabatan dan suspen dari watak Ying, Yaya, Gopal, Adudu dan Prob, memang mendebarkan dan buat kita tertawa. Watak paling kelakar dalam animasi ini sudah pasti watak Papazola, Adudu dan Prob yang terkenal dengan sikapnya yang lucu dan dilaog-dialog kelakarnya. Mereka inilah penghidup suasana dalam cerita kali ini.

Dalam kemarahan, dalam gembira, dalam bersuka ria, turut diselitkan elemen sedih di hujung cerita bila mana Ochobot telah diletupkan dengan kuasa lohong hitam dari ketua kumpulan geng Tengkotak. Hampir menitiskan air mata jugalah saat aku menonton babak sedih tu. Betapa setiakawannya Boboiboy pada Ochobot boleh dibanggakan dalam cerita ini.

Segala gerak aksi, kesan khas, dialog, gerak bibir dan sebegainya, kelihatan hampir 100% sempurna dan tiada cacat cela. Cuma, agak terkilan dalam cerita ni bilamana Gopal, tidak menggunakan kuasanya sepenuhnya. Dia hanya menggunakan kuasa pertukaran makanan hanya beberapa kali. Rasanya tak lebih dua kali kut? Sedangkan banyak ruang untuk dia gunakan kuasa dia tu bagi membantu rakan-rakannya. Boleh sahaja dia menukar akar bergerak tu menjadi mi, dan bunga pemakan orang tu kepada agar-agar. Tapi dia tidak menukarnya sedangkan diketika itu dia dalam keadaan takut (kuasanya boleh bertukar tatkala dia dalam keadaan takut).

Setiap plot cerita memang diselitkan dengan komedi yang selamba dan buat penonton gelak sakan. Terutama pada babak Cikgu Papazola, Adudu dan Prob. Watak Nikita dan Kikito (kalau tak silap) hanya penambah perisa dalam cerita ini. Dan tak sangka, ada plot twist di hujung cerita ni. Sesuatu yang tidak terduga tetapi tetap kelakar semasa watak tambahan tu mengaku yang dia pihak berkuasa yang memburu geng Tengkotak selama ini.

Ochobot mati ke? Nak tahu kenalah tonton. Apa yang pasti, Boboiboy, Gopal, Feng, Yaya dan Ying sudah diupgrade kuasa masing-masing sejajar Ochobot yang turut telah diupgrade sistemnya. 

Tidak rugi menonton filem ini dan sangat teruja setiap jalan ceritanya. Bila menonton di sebalik tabir filem animasi ini di Majalah 3 baru-baru ini, barulah aku tahu pembikinan filem animasi bukannya mudah dan boleh siap dalam masa 2 bulan. Tapi filem animasi berdurasi 100 minit ini memakan masa lebih 2 tahun untuk disiapkan! Mereka memerlukan masa 3-5 hari untuk menyiapkan jalan cerita untuk 3 saat! Pada pereka grafik dan seangkatan dengannya pasti tahu kesusahan bidang itu yang memerlukan ketelitian dan kekemasan supaya hasilnya sempurna tanpa cacat cela yang terlalu banyak.

Aku tak yakin andai filem ini ditayangkan di negera seberang (Indonesia) seperti Upin & Ipin, ia akan menjadi fenomena. Sebab dilaog komedi yang ada di dalam filem ini, mungkin sukar untuk dimengerti oleh penonton di sana kecuali andai ada dari pihak sana gigih untuk mengalih bahasa bersesuaian dengan komedi yang ingin disampaikan. Aku yakin, andai tidak diubah dialog dan bahasanya selaras dengan bahasa mereka, pasti komedi yang cuba disampaikan tidak akan sampai di hati dan jiwa penonton seberang.

Dari 5 bintang, aku kasi 4.9 bintang untuk filem animasi ini. TERBAIK! Bukan TERBALIK okey?




Mantap