Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 18 Mac 2016

Ulasan Filem: The Divergent Series: Allegiant




The Divergent Series: Allegiant
Bahagian pertama dalam filem terakhir siri "Divergent" ini mengisahkan Tris yang cuba untuk berdepan dengan penemuan kebenaran di sebalik sistem berkumpulan. Tris bersama Four mesti melarikan diri dalam usaha mencari jalan penyelesaian aman untuk bandar mereka yang bermasalah. Kedua-dua mereka meninggalkan bandar untuk kali pertama dan perlu membuat keputusan siapa mereka perlu percaya sebagaimana perang sudah bermula dengan lebih banyak kebenaran yang mengejutkan di sebalik tembok di sekeliling Chicago.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 17 Mac 2016
Genre: Pengembaraan / Fiksyen Sains
Durasi: 2 Jam 1 Minute
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Shailene Woodley, Theo James, Octavia Spencer, Ray Stevenson, Zoe Kravitz, Miles Teller, Ansel Elgort, Maggie Q, Naomi Watts, Jeff Daniels, Bill SkarsgÄrd
Pengarah: Robert Schwentke
Format: 2D


ULASAN:


Kepada yang telah mengikuti siri DIVERGENT sebelum ini, anda harus tonton siri ALLEGIANT ini. Kisah kali ini memang benar-benar sambungan yang kedua. Start mini-minit awal memang terus bersambung dari kisah yang kedua.

Untuk Allegiant ini, kisah dilebihkah tentang kehidupan 'di sebalik dinding' yang telah memisahkan mereka sebelum ini. Apa yang ada di sebalik Chicago itu? Dengan susah payah, Tris, Four dan rakan-rakannya yang lain termasuk abang kandungnya sendiri telah berjaya melepasi dinding pemisah itu. Namun, salah seorang rakan mereka telah tertewas saat mereka sudah berjaya memotong pagar besi pemisah itu. Watak yang agak penting pada siri pertama dan kedua, mati di awal cerita.


Ingatkan di sebalik dinding pemisah tu ada sebuah negara yang indah, pesat, maju dan membangun dengan perdana menterinya yang hebat (bukan yang kikis duit rakyat dan makan rasuah ya?). Rupa-rupanya, kawasan di sebalik dinding itu tak ubah seperti di planet Marikh. Merah semuanya termasuk air yang mengalir dan hujan yang membasahi buminya. Hujan darah gitu...


Kenapa kawasan tu jadi warna merah? Sebabnya kawasan tu dah tercemar dengan bahan radioaktif. Tapi tak powerlah sebab Tris dan konco-konconya masih boleh bernafass, hidup segar dan bahagia di kawasan tu walaupun sudah terkena simbahan hujan acid.

Tris dan konco-konconya telah diselamatkan oleh puak yang diketuai oleh David (kalau tak silap). Dalam masa yang sama dua puak termasuk puak yang diketuai ibu kepada Four sedang bergaduhan dan berperangan ketika ini.


Tris ingat, puak David tu tu baik. Sebab, tubuh Tris telah dikaji dan dia telah dilihatkan apa yang telah berlaku di wilayah itu dan membuatkan Tris berfikir, David tu manusia baik yang cuba untuk menyelamatkan bumi. Ternyata sangkaan mereka meleset. Four orang pertama yang dapat menghidu kekejian David. 

Apa yang Tris lihat melalui kapsul fals back yang ditampal pada hujung dahinya itu hanyalah penipuan David sahaja. Dan kenyataan David yang mengatakan Tris adalah satu-satunya manusia tulen dan tiada masalah kerosanan gen semasa kejadiannya juga adalah tipu besar dan helah Devid. Hakikatnya dia telah menculik anak-anak kecil yang ada di sekitar wilayahnya untuk dijadikan tali barutnya.

Awalnya Tris tak percaya omongan Four tentang kekejian David. Namun, sehingggalah Tris bertemu sendiri dengan empat wakil rakyat (kut?) untuk sebuah lagi puak dan wilayah untuk berbincang pergabungan wilayah mereka. Dari perbincangan itu barulah dia tahu, yang David sebenarnya mahu menyingkirkan wilayah Chicago (wilayah tempat kelahiran dan puak Tris yang dipisahkan dengan tembok), dengan alasan semua manusia yang ada di wilayah Chicago tu tak tulen. Tak tulen uols!!! semua palsu.. manusia palsu gitu. Ingatkan cuma ada wanita dan lelaki palsu aje. Tak sangka manusia pun ada yang palsu... dasar plastik! hahahhaa....

Gas radioaktif yang dihasilkan oleh David (warna oren/merah) punya kelebihan tersendiri iaitu, sesiapa yang terhidu dengan kuantiti yang betul, maka ingatannya akan hilang semua dan dia bagai baru dilahirkan semula. Terus iols rasa macam nak sangat gas tu simpan kat rumah. Kut2 putus cinta boleh hidu sikit buang memori dengan orang yang buang kita macam sampah tu. Malangnya iols hanya mampu berangan dan hal itu tak mungkin akan berlaku. Kasihan sungguh diriku ini. Hahaha...

Seperti biasa, endingnya pastilah happy, kan? Tak tergantung dan mungkin dah habis kut? Ke ada lagi siri yang seterusnya? Letihlah mak nak kena tunggu macam ni... lepas tu nyah? hahahaha...Yang jahat berjaya ditewaskan, yang khianat nasib kaulah.

Keseluruhan cerita, bolehlah. Banyak part membebel dan lawan-lawannya sekejap-sekejap. Hanya pada ending aje rasa keterujaan tu ada. Cerita 2 jam lebih. Tapi hanya 15 minit akhir aje suspens dan terujanya. 1 jam 45 minit tu apa kejadahnya? Aku siap boleh buka FB, IG, WhatsApp, Wechat, Beetalk masa tengok cerita ni. Slow sangat! Hahaha.. 

Dari 5 bintang aku kasi 2.9 bintang sahajor...




Mantap