Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 11 Mac 2016

Ulasan Filem: KUNG FU PANDA 3


Kung Fu Panda 3

Filem ketiga ini mengisahkan tentang Po kembali beraksi, yang mana dia bakal disatukan kembali dengan ayah kandungnya. Mereka berdua mengembara ke sebuah tempat rahsia panda untuk bertemu dengan panda-panda lain, namun dia kemudian menyedari dirinya tidak selesa hidup di situ. Apabila penjahat Kai mengancam China, Po perlu sekali lagi menyelamatkan keadaan.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 10 Mac 2016
Genre: Pengembaraan / Animasi / Komedi
Durasi: 1 Jam 35 Minit
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Jack Black, Bryan Cranston, Dustin Hoffman, Angelina Jolie, J.K. Simmons, James Hong, Jackie Chan, Lucy Liu, Seth Rogen, Kate Hudson, David Cross
Pengarah: Jennifer Yuh, Alessandro Carloni
Format: 2D, 3D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX, 2D AURO



ULASAN:

Kepada mereka yang dah tengaok siri yang pertama hingga ke dua, diharuskan tengok yang ketiga ni okey! Seperti biasa, tema dan konsep cerita masih sama. Elemen komedi masih diterapkan di sana sini. Tonton filem ini anda tidak akan kering gusi kerana akan gelak dari minit-minit awal sampailah minit-minit akhir.

Banyak elemen dimasukan dalam cerita kali ini sama seperti yang pertama dan yang kedua. Cuma yang ketiga ini, lebih di ketengahkan element kekeluargaan berbanding element pembelajaran dan persahabatan untuk siri yang sebelum ini.

Siri kali ini, ayah Po yang hilang entah ke mana sejak berkurun lama muncul semula mencari anaknya yang hilang berpuluh tahun yang lalu atas dorongan permintaan alam, katanya. Rupanya, kedatangan ayah Po mencari anaknya bukannya secara kebetulan, tapi telah dirancang oleh Mahaguru Oogway.

Jika yang kedua mengisahkan Po yang teringat kembali keluarga kandungnya dan mahu melawan penjahat merak tu, tapi kali ini Po kena berlawan dengan Kai, bekas kawan baik Oogway yang tamakan kuasa termasuk nak rampas kuasa Chi yang ada pada Po. 

Konsep pertarungan masih masa seperti siri filem Kung Fu Panda yang sebelum ini. Misi Po dan rakan-rakan nak lawan penjahat. Cuma penjahat untuk yang ke 3 ni lebih kejam dan kuat. Kai yang berupa seladang berjaya kumpul semua kuasa mahaguru dan mereka yang punya kuasa hebat dengan menjadi mereka sebagai jet kuasa. Termasuk kawan-kawan Po, kecuali Tiger dan Po.

Macam biasa, semasa perlawanan antara Po dan Kai, ada turun naik grafnya. Atas bantuan suku sakat Po di pergunungan, mereka hampir berjaya melawaan Kai. Namun, tertewas bila Po menyangkakan kuasanya dapat menghapuskan Kai. Malangnya, tindakannya itu tidak menjadi kerana kuasa Chi itu hanya berkesan untuk makhluk hidup sahaja sedangkan Kai tu dari alam roh dan hakikatnya dia dah mati.

Tanpa tidak mahu menyusahkan suku sakatnya termasuk Tiger yang dah banyak berjasa, Po terpaksa mengenakan kuasa Chi-nya kepada dirinya sendiri untuk membawa Kai ke alam roh. Maka bergaduhlah mereka di alam roh tu. Ada babak-babak lucu bila Po dapat kuasa naga dia. Siapa yang menang? Kenalah tengok.

Boleh dikatakan cerita ni best seperti siri-siri Kung Fu Panda sebelum ini. Cuma agak kecewa bila mana, filem ini belum masuk panggung Malaysia, tapi sudah berlambak link download filem ini di internet versi HDrip dan WEbrip. Tapi, lebih best kut, kalau tengok kat panggung.

Dari 5, iols bagi 4 bintang untuk filem ini.




Mantap