Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 5 Mac 2016

Ulasan Filem: LONDON HAS FALLEN

video


London Has Fallen

Filem aksi ini merupakan sekuel kepada "Olympus Has Fallen". Kisah kali ini bermula di London, di mana kematian misteri Perdana Menteri British menyebabkan semua pemimpin-pemimpin di dunia Barat berkumpul untuk pengebumiannya. Ejen Secret Service, Mike Banning, kemudian menemui plot pembunuhan yang merancang untuk menghapuskan semua pemimpin dunia tersebut. Hanya Banning; Presiden Amerika Syarikat, Benjamin Asher; dan seorang ejen MI-6 mampu menghentikan plot maut itu.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 3 Mac 2016
Genre: Aksi / Jenayah / Ngeri
Durasi: 1 Jam 39 Minit
Pengedar: RAINFILM SDN BHD
Pelakon: Gerard Butler, Aaron Eckhart, Morgan Freeman, Angela Bassett
Pengarah: Babak Najafi
Format: 2D

ULASAN:

Kepada yang mengemari filem, aksi, jenayah dan ngeri, filem ini memang sesuai untuk ditonton. Namun, mungkin disebabkan filem ini ditayangkan di Malaysia, ada babak-babak yang terlalu ngeri telah dipotong Terutamanya pada babak tusukan pisau secara ganas dan tembakan dari jarak dekat.

Filem arahan Babak Najafi kali ini lebih kepada misi Mike mahu melindungi Presiden Banjamin yang merupakan presiden Amerika Syarikat yang telah terlibat dalam kes pengeboman keluarga Barkawi yang mengakibatkan kamatian anak perempuan Barkawi. Disebabkan dendam, Barkawi telah merancang satu plot pembunuhan yang penuh terliti dengan dibantu anak-anak lelakinya.

Walau bagaimana pun, filem berdurasi 1 jam 39 minit ini, agak slow pada plot-plot awal. Namun, mula menaik graf aksinya selepas 20 minit kemudian. Walaupun plot pembunuhan telah dirancang dengan rapi selama dua tahun, tapi disebabkan kecekapan Mike sebagai Ejen Secret Service terbaik telah mengacau plot rancangan pembunuhan Barkawi.

Boleh dikatakan aksi tembak menembak, bom mengebom dan belasah membelasah hanya berlaku dalam tempoh 24 jam sehinggalah Presiden Benjamin berjaya diselamatkan selepas hampir dibunuh oleh anak Barkawi.

Sepandai-pandai tumpai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Ternyata dendam tidak pernah membawa kebahagiaan bila mana rancangan Barkawi untuk membunuh President Benjamin tidak berjaya  disebabkan campur tangan Mike. Motif ceritanya hanya mahu membalas dendam. CGI yang ada di dalam filem ini boleh diklasifikasikan terbaik walaupun ada beberapa effectnya nampak agak kaku terutama ketika letupan di siungai dan beberapa lokasi.

Ending yang agak trajis bila mana Barkawi akhirnya mati dengan cara yang sama seperti anaknya. Pihak barat telah menghantar bom dari jarak jauh untuk membunuhnya. Dendam terbalas dan cerita habis di situ. Mike hidup bahagia dengan kelahiran anaknya. Plot cerita yang ringan dan hanya diberatkan dengan cara serangan kuncu-kuncu Barkawi untuk membalas dendam.

Dari 5 bintang saya bagi 3 bintang untuk filem ini.



Mantap