Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 10 Mac 2016

Ulasan Perfume: ADORABLE CLASSY by RITA RUDAINI


Haaa... sebelum ni iols dah ulas pasal perfume MATAHARI by SHIELA RUSLY, kali ini, iols nak ulas pula pasal perfume selebriti Malaysia juga iaitu, perfume dari Rita Rudaini. Jangan main-main, Rita Rudaini keluarkan perfume zaassss! Terus dua jenis uols! Cumanya iols tak pasti satu untuk lelaki dan satu untuk wanita atau kedua-duanya untuk wanita. Sebab tak dimaklumkan.

Apa-apa pun untuk posting kali ni, iols nak ulas pasal perfume Rita Rudaini Adorable Classy. Dikeluarkan dalam kuantiti 35ml dan EDP atau Eau De Parfum yang tahan sehingga 12 jam andai dipakai pada pakaian. Sejujurnya memang long lastinglah.

Di bawah ini adalah pembungkusan Perfume ADORABLE CLASSY ni. 


Sejujurnya, kualiti kotak untuk perfume ni agak mengecewakan. Sebab aku beli, kotak dia terutama di bahagian gam tepi dia sudah terkopek. Mungkin Rita nak buat design yang simple, tapi terlalu simple. Cetakan font warna gold dah nampak meletop dah. Cuma keadaan kotaknya mungkin tak berkilat membuatkan kotaknya kurang menyerlah. Dari segi isi dalamnya, cantik sebab perfume dimasukan dalam slot yang ketat supaya botol tidak bergoyang di bahagian dalam. Penutup botol tu uols jangan ingat aluminium okey? Plastik jek tu hahaha...


Terdapat cetakan maklumat Instgram dan Facebook milik Rita Rudaini mungkin di bahagian bawah kotak. Andai kotak ini berbungkus plastik seperti perfume MATAHARI by SEHILA RUSLY mungkin lagi menarik.


Okey, yang kat atas ni pulak rupa botol dia dalam jarak dekat. Ingat ya, perfume ni hanya dijual dalam kuantiti 35ml sahaja. So, botol dia comel aje. Boleh sumbat dalam purse atau handbag. Cuma cetakan pada botolnya, iols tak pasti tahan lama ke tidak. Iols rasa kualiti printing pada botol Adorable Classy ni tak terbaik dan akan terhakis jika tergesek atau terkena percikan perfumenya. Iols tergesek sikit dengan kuku pun, dah tanggal cat printingnya. Mungkin untuk pengeluaran akan datang, Rita kena pilih dakwat yang lebih lasak dan tahan atau tampal sahaja sticker. Lebih tahan lama.

Bagi design botolnya pula, sama macam MATAHARI by SHIELA RUSLY. Tiada hak eksklusif. Mereka memilih rekaan botol sedia ada yang ada di kedai menjual botol perfume lalu diisi minyak wangi dan branding jenama sendiri. Rekaan botol untuk perfume ini, turut bersepah-sepah di kedai perfume inspirasi.

Wahhh... mesti semua tertanya-tanya macam mana baunya, kan? 

Macam mana bau ADORABLE CALSSY ni?

Untuk ADORABLE CLASSY ni, iols tak pasti Rita pilih haruman ini untuk lelaki atau wanita. Sebab bau dia sangat keras ya amat! Macam perfume untuk lelaki. Pening iols masa mula-mula hidu. Sekilas baunya seakan bau kopi. Tapi bila disembur pada kertas atau fabrik baunya seakan perfume dari Dashing Energy.


Tapi Dashing Pure Energy ada campuran citrus sikit. Namun, sekali cium lagi Adorable Classy ni, bau pulak macam perfume SG MEN BRAVE.

Ha... lebih kurang dua perfume tulah baunya. Dan iols klasifikasikan yang perfume ni sesuai untuk lelaki. Mana-mana yang suka bau coffie, perfume ADORABLE CLASSY memang susai untuk anda dan yang penting long lasting. Bila dah lama-lama, bau coffie tu akan bertukar seakan bau coklat. Sedap dimakan hahaha...

Dijual dengan harga RM49.90 untuk 35ml. Pakai sikit dah wangi satu taman. Gitu... Demikianlah ulasan iols tentang perfume ni. Sejujurnya, iols  tak suka bau keras, maka ADORABLE CLASSY memang tak sesuai untuk iols.

P/S: Pada sesiapa nak iols review perfume uols beserta kedai online uols, boleh contact-contact iols yer? 





Undi Perfume ADORABLE CLASSY by RITA RUDAINI:

1
2
3
4
5
here






Mantap