Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 14 Mac 2016

Ulasan Perfume: ADORABLE STUNNING by RITA RUDAINI


Okey, sebelum ni iols dah ulas pasal salah satu perfume dari Rita Rudaini, ADORABLE CLASSY, Untuk kali ni iols nak ulas pula pasal perfume keduanya yang diberi nama STUNNING. Dikeluarkan dengan kuantiti yang sama dengan harga yang sama dengan CLASSY.


Dari segi, pembungkusan, pembotolan dan label semuanya sama dengan ADORABLE CLASSY. Tak ada beza, cuba perkataan Classy tu aje di tukar kepada Stunning, font pun sama. Memandangkan kesemuanya sama kecuali bau, untuk ulasan kotak, botal dan label untuk perfum ini, anda boleh baca di sini: http://rudi-zone.blogspot.my/2016/03/ulasan-perfume-adorable-classy-by-rita.html

Macam mana bau ADORABLE STUNNING by RITA RUDAINI ni?

Kita terus ke nota haruman untuk perfume Stunning ni. Sejujurnya iols katakan, untuk haruman dari Rita Rudaini, mungkin boleh dikategorikan Rita adalah selebriti yang punya citarasa tersendiri dan eksklusif dalam memilih bau haruman untuk minyak wanginya. 

Kenapa iols berkata begitu? Sebelum iols jawab soalan itu, iols minta maaf awal-awallah kalau iols tak pernah bau perfume yang seakan perfume Rita Rudaini ni di pasaran. Bagi iols, bau kedua-dua perfume dari Rita ni, eksklusif. Sekali hidu, iols tak dapat nak cam bau seakan perfum apa. Sedangkan perfume-perfume selebriti yang lain sebelum ini, sekali hidu aje, iols dah dapat tangkap bau perfume mereka diinspirasikan dari perfume antarabangsa yang mana.

Tapi untuk perfume dari Rita, iols cium banyak kali, tapi tak sama dengan mana-mana perfume yang ada di pasaran. Tahniah untuk itu dan pemilihan haruman yang dibuat Rita boleh dipuji. Sebab pengemar perfume macam iols (mungkin bukan pengemar tegar), tak dapat nak compare atau samakan dengan mana-mana perfume di pasaran secara tepat. Adakah Rita mencipta sendiri harumannya? Hanya Rita sahaja yang boleh jawab. Kalau betul dia yang mencipta sendiri harumannya, iosl bangga dengan Rita. Cuma kalau Rita pilih rekaan botol yang lebih eksklusif untuk perfume Rita sahaja, iols yakin perfume Adorable ni akan lebih eksklusif dan elegant.


Untuk STUNNING ni, iols rasa base note untuk harumannya masih sama dengan Classy iaitu COFFIE dan VANILLA. Cuma untuk yang Stunning ni, mungkin Rita kobinasikan dengan nota haruman segar seperti dari haruman green apple, atau mungkin campuran haruman citrus. Saat kali pertama semburan, aroma gabungan Citrus + Coffie atau mungkin Vanilla terbau segar. Namun, kelama-lamaan, bau Vanilla  akan bertukar kepada bau vanilla coffie yang lembut dan menghasilkan haruman seakan coklat pada pakaian anda. 

Ibarat, Stunning ni adalah CLASSY versi yang lebih lembut. CLASSY bau gabungan coffie+coklat+vanilla dia memang kuat giler. Sesuai untuk mereka yang suka bau yang kuat. Pada yang suka bau yang lembut, STUNNING ni sesuai untuk anda. Baunya jika anda ingin bayangkan, bagai APPLE BLOSSOM by BODY SHOP digabung dengan ADORABLE CLASSY by RITA RUDAINI dengan nisbah yang sama, maka terhasillah ADORBALE STUNNING by RITA RUDAINI.

Serius, iols suka dengan kedua-dua perfume dari Rita Rudaini sebab baunya yang eksklusif dan tidak terlalu sama dengan perfume sedia ada di pasaran. Itu yang penting. Memandangkan iols tak suka bau keras, so untuk Adorable Classy, kalau iols nak pakai juga, iols akan sembur dalam jumlah sedikit dan baunya harum sehingga 12 jam. Itu kelebihan perfume Rita ni, memang tahan lama melampau-lampau walaupun hanya sembur dua kali sahaja pada pakaian. Kalau lebih, memang akan kekal 48 jam kut?

Dijual dengan kuantiti 35ml dengan harga RM49.90 seluruh Malaysia.

FAKTA: 
Haruman CLASSY lebih LONG LASTING dari STUNNING!

p/s: Sesiapa nak  sponsor produk haruman uols, boleh hubungi kami. Nanti kami akan review dan promote kedai online anda.


Undi Perfume Adorable Stunning by Rita Rudaini:

1
2
3
4
5
Do Quizzes




Mantap