Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 29 Mac 2016

Ulasan Perfume: De' Xandra


Sejak beberapa tahun ni, haruman inspirasi dari jenama De'Xandra semakin panas di pasaran. Serta merta menewaskan terus haruman inspirasi dari jenama ONE DROP PERFUME yang pernah fenomena sebelum ini dan HOT PERFUME yang macam tak sempat nak fenomena tetapi sudah dicantas oleh perfume ini.

Sejujurnya, sejak beberapa tahun ini juga, lambakan perfume inspirasi di pasaran bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi kebanyakan pengusaha perfume inspirasi ni buka kios2 kecil di mall dengan taktik isian semula. Di Batu Pahat ni, dulu memang banyak kedai jual perfum isian dalam botol baik yang pati minyak, baik yang versi spray. Namun sekarang tinggal satu kedai aje. Tapi, macam hidup segan mati tak mau iols tengok. Macam apa yang dia jual tinggal stock2 apa yang ada aje. Dah habis sure lepas ni tutup.

Namun, untuk De'Xandra ni permintaannya masih tinggi dan semakin popular. Awal-awal dulu iols anggap produk haruman ni sama sahaja macam haruman inspirasi dari Perfume Generic yang terjual kat Watson, Guardian dan Popular tu. Murah dan tak berapa nak lasting. Bau sebijik sama dengan perfume yang diinspirasikan.

Suata ketika dulu pernah muncul haruman inspirasi dari THE PERFUME STORY. Iols tak pasti perfume De'Xandra ni sama dengan owner dengan owner THE PERFUME STORY atau tidak. Jenama ni sempat keluarkan empat jenis haruman aje, lepas tu senyap.





Tak pasti THE PERFUME STIORY ni ada kaitan dengan De'Xandra atau tidak. Sebab pengeluarannya juga agak banyak masa mula-mula perfume ni beredar. Cuma kekurangan untuk THE PERFUME STORY ni, dia guna botol isian semula. Maksudnya tudung spray tu guna skru dan boleh dibuka. Tak praktikal untuk dijual dalam kuantiti yang banyak. Risiko penutup bocor dan isi tumpah semasa proses penghantaran amatlah tinggi..

Sekarang, perfume jenama THE PERFUME STORY ni macam dah lenyap dan tak ada lagi dah di pasaran.

Okey, kembali pada perfume De'Xandra. Masa iols beli perfume ni iols sebenarnya berbelah bahagi. Berkira-kira. Sebab, yalah.. perfume ni boleh tahan mahal juga. RM65 untuk perfume 35ML. Ingat banyak ke 35ML? Sikit bagi iols untuk perfume jenis inspirasi ni. Dan kebimbangan iols lagi adalah, bila perfume ni standard perfums inspirasi yang dijual kat Watson tu jenama PERFUME GENERIC. Tak long lasting. Itu lagi murah. RM13 dah dapat untuk 50ML.

So, iols tutup mata try beli perfume De'Xandra ni. Beli kat kedai dapatlah harga RM65 tu. Beli online terus jadi RM71. Tak ke mahal tu? Sekali pakai perfume kualiti tak elok, kan ke rugi? RM71 tu tambah beberapa hengget lagi dapat perfume ORI dengan kuantiti yang sama.

Iols beli De'Xandra For Her inspired by BURBERRY MY BURBERRY. Iols dah try tester perfume ni kat mall. memang mahal. Untuk 50ML aje, harganya hampir mencecah RM300. So, bila dah beli De'Xandra ni iols try guna. Nak tahu apa reaksi iols?

Hanya senyuman yang meleret di bibir. Serius, baunya hampir 99.99% sama seperti yang original dan sangat LONG LANSTING! Sembur kat baju semerbak satu mall! Bila iols tukar baju (baju yang disembur De'Xandra tu iols cuci) perfum yg iols sembur kat leher dan tengkuk kekal harum dan melekat pada baju baru tu. Nampak tak kehebatan perfume ni?

Sebenarnya iols ni jenis susah nak puji ketahanan perfume inspirasi ni. Tapi untuk De'Xandra, pada iols, memang long lasting sangat! So, berbaloilah harga RM65 tu untuk 35ML sebab sembur 3 kali sahaja kekal wangi sepanjang hari.

Tak banyak perfume inspirasi yang boleh lasting sembur pada kulit manusia. Tapi untuk De'Xandra, ia lasting pada kulit manusia dan fabrik (baju). Yang penting ada lebih 40 jenis haruman wanita dan lebih 20 jenis haruman untuk lelaki yang diinspirasikan dari haruman antarabangsa. Bolehlah uols Google laman web dia orang untuk keterangan lanjut atau nak tahu kat mana boleh beli perfume ni dan nak tahu senarai perfume inspirasi yang mereka keluarkan.

Jadi, sejujurnya, iols berpuas hati dengan tahap ketahanan perfume ni. Cuma dari segi kotaknya dah okey. Cuma bentuk botol yang terlalu simple dan sama dengan bentuk botol perfume inspirasi yang lain membuatkan risiko perfume ini di klon adalah tinggi. Lagi satu kualiti sticker pada botol perfume sangat nampak murahan. Macam sticker yang diprint pada kertas sticker guna laser jet printer kemudia cover dengan plastik matte supaya kalis air. Sepatutnya, kena printing terus atas botol kaca tu, baru gempak. Ada tulisan gold atau silver... baru meriah dan nampak mahal.

Buat rekaan botol sendiri yang melambangkan identiti De'Xandra. Mungkin dengan cara itu lebih menarik pembeli. Bau dah okey, botol pulak nampak murah. Mungkin untuk pengeluaran akan datang De'Xandra boleh pertimbangkan cadangan iols ni. Apa-apa pun perfume ni memang tak rugi beli. Terbaik!










Mantap