Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 12 Mac 2016

Ulasan Perfume: DER AMAZE by DATO' AC


Selepas mengulas MATAHARI by SHIELA RUSLYA, ADORABLE CLAASY by RITA RUDAINI & RUMI by REMY ISHAK, kali ni iols nak ulas pula haruman dari Dato' AC Mizal khas untuk wanita dan beliau mengeksklusifkannya dengan meletakan nama isterinya DER singkatan untuk Datin Emilia Rosnaida pada perfum ini. Perfume yang diberi nama AMAZE ini dikeluarkan dalam kuantiti 30ML dengan harga RM39.

Bagaimana rupa bentuk kotak dan botolnya? Silalah tengok picture di atas tu ya? Begitulah rupa kotak dan botolnya.

Nak ulas pasal kotak dia dulu. Bagi iols kotaknya memang dah letuplah. Tema komek gitu dengan lukisan vector Datin Emilia Rosnaida. Tapi malangnya, konsep rekaan kotak perfume ini yang terlalu messy dan banyak warna termasuk banyak element nak di letak dalam satu porduk agak kurang sesuai untuk perfume.


Emboss untuk DER AMAZE tu dah kira cantik dah. Tapi konsep komek yang diketengahkan memang tak sesuai dengan konsep perfume. Sekilas dari jauh aku ingat kotak permainan kanak-kanak. Acaner tuh? Ala2 kotak TORA, DENG DANG, JOJO tu semua. Mungkin untuk next perfume, Dato' AC lebih memikirkan tentang design kotak yang lebih elegant dan cantik. Perfume ni biasanya pengemar suka yang simple tapi nampak gah. Baru menarik pembeli nak beli.

Mungkin Dato' AC boleh tengok perfume-perfume di pasaran terutama dari segi design kotaknya. Macam tak banyak perfum yang kotaknya semessy dan serabut macam kotak haruman ini. Mungkin boleh jadikan Victoria dan David Beckham sebagai contoh? Letup laki bini tu kuarkan perfume dia orang siap ada logo lagi.


Dari segi botol DER ni, SANGAT MENGECEWAKAN. Ingatkan kotak dah messy, botol meletop kebaboom! Botol Matahari by Shiela Rusly dan Adorable Classy by Rita Rudaini walaupun mereka pilih rekaan botol sedia ada di kedai, botol haruman mereka nampak lebih elegant dan cantik. Tapi untuk DER AMAZE ni, botol dia nampak terlalu murah. Dan cetakan nama perfume pada botolnya yang sama warna dengan botol terus menenggelamkan label perfume ini. Kalau cetak warna hitam mungkin lagi menyerlah. Hampir tak nampak cetakan labelnya.

Apa yang boleh dikatakan, kualiti botol DER AMAZE ni sangat rendah. Tudung botolnya pun nampak sangat murah. Macam tak sesuai untuk Dato' AC yang dah ada gelaran datuk. Lepas ni mungkin Dato' AC boleh tempah botol design sendiri yang lebih eksklusif dan cantik.

Tak praktikal untuk mereka yang pakai purse dan suka bawa perfume ke mana sahaja. Kalau pakai sling bag atau hand bag, perfume ni boleh dibawa ke mana sahaja.

Walaupun ada yang mempertikaikan, apalah ada pada kotak dan botol, yang pentingkan baunya? Tapi, pembeli biasanya akan melihat design kotak dan botolnya terdahulu baru mencuba isinya. Tapi, adakah bau perfume DER AMAZE ni eksklusif selapas botolnya yang agak nampak murah dan kotaknya yang messy?

Bagaimana bau perfume DER AMAZE by DATO' AC ni?

Ku sangkakan kotak bolehlah diterima walapun tak macam kotak perfume manakala botol yang sangat hambar dan mengecewakan, tapi isinya meletop kebabooom! Tapi, bila iols cuba hidu perfume ni. Alahai!!! Sekilas iols hidu, zasst! dah tau bau perfume apa? Bau apple fresh + sweet... BUKAN DARI DKNY... Kalau bau dari DKNY bolehlah nak kata agak mahal. Ni bau perfume Bombshell dari Victoria Secret!


So, sesiapa nak berbau ala-ala Bombshell dari Victoria Secret, bolehlah miliki perfume ini. Memang segar dan sweet baunya. 

Ketahananya? Memang long lasting pada pakaian. Empat kali sembur, harum melebihi 4 jam gitu. Rasanya perfume dari Victoria Secret tak berapa mahal juga. Masih dalam kategori mampu milik dan botolnya pun cantik.


Demikianlah review perfume DER AMAZE ni. Dijual dengan kuantiti 30ml dengan harga RM39.00 sahaja. Kalau tak ada jual kat kedai, belilah online okey?


p/s: seperti biasa pada yang nak sponsor iols produk haruman uols, silalah hubungi iols. Iols akan review dan promote sekali kedai online anda. hehehehe...




Undi Perfume DER AMAZE by DATO' AC MIZAL:

1
2
3
4
5
Do Quizzes





Mantap