Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 15 Mac 2016

Ulasan Perfume: KREIZ by KAKA AZRAFF


PENYANYI, pelakon dan pengacara, KAKA AZRAFF, turut mengambil langkah seperti Che Ta, Rita Rudaini, Sheila Rusly, Remy Ishak, Dato' AC, Fasha Sandha dan Bunkface bila mana beliau juga mengeluarkan produk harumannya sendiri. Katanya Kaka ni peminat perfume macam iols. Mungkin KREIZ ni haruman yang paling dia suka barang kali.


Di keluarkan dalam EAU DE PARFUME dengan kuantiti 30ml sahaja di pasaran. Dari segi pembungkusannya, iosl suka walaupun pembungkusannya tidak seperti pembungkusan beberapa haruman selebriti yang lain yang mana kotaknya lebih besar dari botol perfumenya. Jadi perlu ada 'sokongan' di dalam kotak itu supaya perfume tak bergoyang.

Untuk KREIZ ini, kotaknya ngam-ngam dengan botolnya. Tapi takdalah ngam-ngam sangat sebab perfumenya masih bergoyang di bahagian dalam dan agak tak praktikal untuk jualan online yang mana POSLAJU kekadang main campak-campak aje barang yang dipos walaupun ada sticker bahan mudah pecah. Lumrah kehidupan Poslaju memang macam tu kut?


Dari segi kotak, bagi iols ia simple. Kemasan hanya menggunakan spot UV sahaja tanpa ada blink2 dan warna-warna yang menyerlah. Tema grey atau warna kelabu telah dipilih untuk kotak ini. Tapi, kalau Kaka buat kotaknya hitam, kemudian grafiknya putih atau silver, pasti lagi meletup dan menampakkan perfume ni mahal dan sangat eksklusif sesuai dengan warna botolnya. Ini sekadar cadangannya sahaja. Sebab tema warna yang dipilih untuk kotak KREIZ ni terlau simple. Walaupun designnya depan dan belakang tak sama, tapi tetap tak menampakan kotak perfume ini mewah. Terlalu hambar dan tak cerita.

Lagi satu, tiada label pengeluar, ingredients, atau apa-apa maklumat mengenai perfume ini sama ada Instagram , Facebook atau website. So, di situ pembeli tak tahu nak beli dengan siapa dan pembeli mungkin tak dapat nak tahu senarai produk Kaka terkini dan di masa akan datang. Kalau dicetak alamat IG atau FB atau website mungkin lebih senang pembeli nak cari. Dan pembeli juga risau kalau terbeli perfume yang cetak rompak kerana detail yang ada di kotak perfume KREIZ ni terlalu simple.


Bagi rekaan botolnya pula, harus dipuji. Eksklusif dan chantek. Tiada sama dengan mana-mana perfume selebriti yang sedia di pasaran. So, untuk rekaan botolnya boleh dipuji dan printing pada botolnya juga jelas dan tahan lasak. Itu yang penting. Botol kaca hitam belum ada yang keluarkan sebelum ini untuk perfume selebriti Malaysia.

Macam mana bau perfume KREIZ by KAKA AZRAFF ni?

Khas untuk mereka yang suka bau citrus dan floral yang kuat, perfume KREIZ ni selayaknya untuk anda miliki. Semburan kali pertama citrus + floral yang fresh seakan bau bunga oren menguasai suasana. Lama kelamaan, bau lembut tadi perlahan-lahan bertukar bau citrus yang agak tajam. Kepada yang tak faham bau citrus tu macam mana, bau citrus ni seakan bau limau atau bau buah-buahan masam. Begitulah bau untuk perfume ini. Bau citrus yang agak tajam!

Perfume ni mengingatkan iols pada bau perfume HAPPY FOR WOMEN by CLINIQUE.



Tapi tak 100% samalah. Bau citrus yang agak tajam dan fresh tu, sama dengan CLINIQUE HAPPY for Women.  So, kepada yang suka bau citrus yang tajam, perfume KREIZ by KAKA AZRAFF ni sesuai untuk anda.

Sekilas juga, perfume ini seakan bau haruman dari Bond No.9 bond No. 9 Saint Of Peace.


Tahap long lastinya, bolehlah. Lebih 4 jam juga kalau disembur pada pakaian. Bergantung pada jenis fabrik dan kulit juga. Tapi bau citrusnya bagi iols memang agak tajam. Kalau hidu terus menusuk ke hidung gitu. Sesuai dipakai pada musim-musim panas gini.



Dikeluarkan dalam kuantiti 30ML dengan harga RM39 untuk semenanjung dan RM41 untuk Sabah dan Sarawak...


p/s: Pada sesiapa nak sponsor haruman uols untuk iols cuba dan review boleh hubungi iols. Nanti iols promote kedai online uols!



Undi Perfume KREIZ by KAKA AZRAFF:

1
2
3
4
5
Quiz Maker





Mantap