Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 7 Mac 2016

Ulasan Perfume: MATAHARI by SHIELA RUSLY


NAMPAK? Iols ni bukan menyokong perfume terkenal antarabangsa aje tau? Perfume selebriti Malaysia pun iosl beli dan support. Sebelum ni iols dah beli Perfume Precious dan Gorgeous by RCW (Rozita Che Wan), kali ni iols beli pula perfume dari pelakon, pengarah, chef selebriti dan penerbit drama Shiela Rusly. Macam mana rupa perfumenya? Lihatlah di atas... Begitulah bentuk dan rupa pembungkusan perfume Shiela Rusly yang diberi nama MATAHARI ini.


Di atas tu pula adalah rupa kotak MATAHARI. Siap ditulis ingredient dia lagi. Perfum ni ada alkohol, cuma alkoholnya suci dan sah dibuat solat. Tiada bahan-bahan najis. Tapi kalau anda tak yakin dan was-was tak payahlah guna buat solat okey? 

Untuk pembungkusan dan kotak MATAHARI bagi iols, memang terbaik, cantik dan menarik. Cuma... designya SEBIJIK macam kotak PRECIOUS by RCW. Dari segi warna dan warna frame kotak tu. Cuma eksklusifnya perfume MATAHARI adalah, tulisn MATAHARI tu warna gold. Che Ta punya Precious sekadar warna kuning biasa aje.



Dai segi rekaan botolnya pula, biasa-bisa sahaja kerana, rekaan botol MATAHARI sudah sedia terjual di kedai botol perfume. Maksudnya bukan rekaan eksklusif untuk MATAHARI sahaja. Iols pernah nampak botol MATAHARI ni di kedai menjual perfume inspirasi.

Bagi labelnya pula, sekadar ditampal sticker transparent atau jernih dengan cetakan font warna hitam. Bukan diprint di kaca botol tersebut. Rasanya penampalan sticker lebih sesuai untuk perfume begini kerana tulisan akan tahan lama berbanding kalau di print terus pada botol kaca. Lama kelamaan font akan hilang kerana terhakis akibat terkena isi minyak wangi tersebut. 

Agak lemah dari segi tudung semburan perfume ini. Iols rasa botol perfum dengan tudung spray jenis putar atau skru tidak praktikal untuk haruman yang dikeluarkan dalam kuantiti yang banyak. Kerana risiko untuk perfume bocor dan tumpah isinya adalah tinggi. Buktinya, perfume yang iols beli ni, belum diguna lagi, sudah bocor pada penutup semburannya. Iols terpaksa skru lebih ketat supaya tidak bocor lagi. Mungkin untuk pengeluaran seterusnya, Shiela Rusly harus memilih botol jenis seal mati demi mengelak isi botok bocor semasa dalam proses penghantaran pada stokis atau agent. Atau ketika di pos pada pembeli. 


Bagusnya perfume ini bila ada tarikh luput di bawah botol perfume serta merta mengalahkan perfum Che Ta yang tak ada tarikh luput. Kalau tak ada tarikh luput, sekurang-kurangnya kenalah letak tarikh perfume dikelauarkan supaya pembeli boleh mencongak jangka hayat perfume tersebut. Kalau ikutkan perfume MATAHARI, perfume ini hanya tahan untuk 3 tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan. 


Selain sedikit kecewa disebabkan tudung spray yang bocor, ini salah satu kekecewan iols yang lain. Saat perfume dikeluarkan, benda pertama yang iols nampak adalah, retakan pada tudung perfume ini yang disertakaan sisa perfume yang bocor. Mungkin hal ini berlaku ketika proses penghantaran. So, dah mencacatkan produk ini. Mungkin pengeluar perfume akan berkata, "Alah, tak kisahlah. Janji dia dah beli, aku dapat duit, sudah." Tapi hakikatnya kecacatan beginilah penyebab pengguna akan berwalang hati hendak beli botol yang seterusnya andai masalah begini tidak ditangani dan diambil serius.

Tapi takpe, iols jenis tak kisah. Tetap boleh terima dengan hati yang terbuka. Janji iols dah miliki perfume ini. Dan dah tahu perfumenya baunya bagaimana. 


MACAM MANA BAUNYA???
Iols ingatkan baunya seakan Sunflower by Elizabeth Arden, rupa-rupanya bau sejibik macam perfume dari Paco Rabanne!!! Nak tahu perfume apa??? Tengok pic di bawah ni.


Bau MATAHARI by SHIELA RUSLY sebijik bau LADY MILLION by PACO RABANNE. Sweet dan fresh tapi menyengat. So, kepada mereka yang suka bau haruman yang sweet honey, MATAHARI memang sesuai untuk anda. Nak feeling-feeling pakai LADY MILLION pun boleh miliki MATAHARI.

Seperti yang dimaklumkan di posting yang lalu dengan tajuk PERFUME SELEBRITI MALAYSIA, kebanyakan perfume selebriti Malaysia diambil dari haruman inspirasi yang semakin meletop sekarang ni. Yang mana One Drop Perfume sudah awal-awal melaksananya sebelum ini.

Sekian sahaja untuk review saya tentang perfume MATAHARI by SHIELA RUSLY ini.

Hanya boleh di dapati dengan kuantiti 30ML sahaja dengan harga RM45.00 bagi Semenanjung dan RM48 bagi Sabah dan Sarawak.




Undi Perfume MATAHARI by SHIELA RUSLY:

1
2
3
4
5
Do Quizzes





Mantap