Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 11 Mac 2016

Ulasan Perfume: RUMI FOR HER by REMY ISHAK


PERTENGAHAN bulan Februari yang lalu, aktor terkenal Remy Ishak yang sebelum ini menjadi duta haruman DASHING telah mengeluarkan haruman jenamanya sendiri yang diberi nama RUMI. Dikeluarkan dalam kuantiti 35ML dan dalam dua versi. Serentak beliau mengeluarkan RUMI For Him dan RUMI For Her yang dibezakan dengan reka bentuk botol dan kotaknya.

Katanya sudah tiga tahun beliau merancang untuk mengeluarkan harumannya sendiri. Dan baru tahun ini dia berjaya mengeluarkan RUMI By Remy Ishak ini. Mungkin sebelum ini dia masih terikat dengan kontrak haruman untuk lelaki Dashing tu kut?

Apa-apa pun, iols akan mengulas atau mereview haruman by Remy Ishak ni yang versi FOR HER atau lebih tepat, yang versi untuk wanita. Tapi kalau ada yang nak sponsor iols perfume RUMI FOR HIM by REMY ISHAK, apa salahnya. Iols sudi mengulas siap pakej promote kedai online anda lagi. Tetap nak ada iklan, kan?

Okey, back to the story. Bagi iols, perfume Remy ni agak eksklusif walaupun tahap eksklusifnya bagi iols tak sehebat jenama antarabangsa dari segi pembungkusannya. Serius, aku suka pembungkusan dan botol RUMI ni.


Dari segi kotaknya ( rujuk gambar di atas ), iols sangat berpuas hati. Yang calar tu bukan kotak dia ya? Itu plastik dia. Sebab perfume ni dibungkus plastik cantik. Kotak gold berkilatnya memang nampak elegent dan mewah. Memang menarik pembelilah. Kemudian, font RUMI yang dipilih Remy pun nampak unik dan eksklusif. Ada maklumat di belakang kotak seperti Facebook dan Instagram termasuk pengelur perfume ini.


Untuk design botol pula lebih eksklusif dari perfume MATAHARI by SHIELA RUSLY dan ADORABLE CLASSY by RITA RUDAINI. Tudung spray yang menggunakan kaedah seal mati menjamin perfume ini tak akan bocor dan tahan lasak untuk disimpan di dalam handbag dan semasa proses penghantaran. 

Cuma bagi aku design kedua-dua perfume Remy Ishak kurang eksklusif sebab diinspirasikan dari rekaan botol jenama antarabangsa iaitu Chanel Chance dan Chanel Bleu. Tak percaya? Sila tengok gambar di bawah ini.


Kan sama tu? Dari warna punutupnya, besi yang melingkari keliling botol. Semua sama. Termasuk emboss jenama di bawah botol. Tak percaya? Untuk perfume Chanel Chance tu, besi di bahagian bawah dia ada detail pasal perfume tu yang dicetak secara emboss atau tekapan pada besi tu. Sama halnya dengan perfume Remy Ishak. Di bawah botol tu ada nama beliau. Tak percaya? Cuba tengok pic bawah ni.


Ha... nampak tak? Ada nama Remy Ishak di bawah botol Rumi ni. Tapi tulah. Bersesuaian dengan harganya yang hanya RM49.00 untuk 35ml (kira mahal jugalah kan?), kualitinya agak kurang sikit. Besi yang ada dekat tepi botol tu longgar dan menyebabkan botol tak stable bila di letak di atas meja.


Cetakan pada botol perfume juga tahan lasak, lebih bersinar dan nampak mahal jika nak dibandingkan dengan perfume ADORABLE CLASSY by RITA RUDAINI sedangkan harga kedua-duanya hampir sama. Kemasan pembungkusan dan perbotolan RUMI lebih kemas, berkualiti dan cantik. So, pembeli puas hati membeli RUMI ni.


Macam mana bau perfume RUMY FOR HER by REMY ISHAK ni?

Mesti ramai yang tertanya pasal haruman Rumi For Her ni macam mana kan? Sesungguhnya iols ni terlalu memberi harapan terlalu tinggi untuk perfume ni. Iols ingatkan perfume ni bau haruman lembut yang mewah + OUD yang indah sesuai dengan namanya RUMI. Lepas tu bila Remy duk selfie dengan perfume ni dekat tanah suci, so ingatkan adalah bau ala-ala ke-arab-an gitu. Tapi sangkaan dan harapan tinggi iols tu meleset bila mana bau perfume ni sangatlah banyak di pasaran.

Perfume RUMI For Her by REMY ISHAK ni sebijik bau GUCCI FLORA by GUCCI. Kalau uols tak percaya uols cubalah tester GUCCI FLORA kat kaunter dengan RUMI ni, tak ada beza. Sama. Sebab banyak sangat haruman yang bau sekaan Gucci Flora di pasaran. Sehinggakan perfume inspirasi pun dengan mudah boleh jual haruman dengan bau yang sama dengan harga yang lebih murah dari perfume RUMI ni dan ketahananya hampir sama.

Di situ, keeksklusifan perfume RUMI ni merundum jatuh sedangkan pembungkusan dan pembotolannya termasuk printing pada botolnya dah meletop dan kebabooom! Tapi baunya tak terlalu eksklusif pula. Sejujurnya bau haruman ADORABLE CLASSY by RITA RUDAINI, lebih eksklusif sebab sukar untuk dibandingkan dengan mudah baunya dengan mana-mana perfume yang sedia ada di pasaran.

Jangan kecewa, jangan sedih kepada peminat Remy Ishak. Iols bagi tahu baunya macam GUCCI FLORA bukan sebab nak menjatuhkan Remy Ishak. Tidak sama sekali. Iols cuma nak bagi tahu baunya bagaimana sahaja supaya anda boleh try hidu di kaunter perfume sebelum beli. Lagipun, tak banyak penjual perfume selebriti yang sertakan tester perfume. Dan khas untuk mereka yang suka beli online. Manalah tahu tak kena dengan jiwa? Kang membazir pula beli. Kalau berkenan, boleh beli RUMI ni. Murah dan long lasting, itu yang penting.

Lagipun Gucci Flora tu bukan murah ya? MAHAL! So, nak berbau Gucci Flora yang lebih kepada haruman floral, anda digalakan memiliki RUMI By REMY ISHAK ini. Baunya lembut dan tak keras. Long lasting sehingga 8 jam. Tapi perfume ADORABLE CLASSY tahan lebih 12 Jam! He he he...

p/s: Pada sesiapa nak sponsor porduk haruman uols kat iols, sila hubungi kami. Nanti iols review dan promote kedai online anda. 




Undi Perfume RUMI (For HER) by REMY ISHAK:

1
2
3
4
5
Do Quizzes






Mantap