Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 3 April 2016

Coretan Ulang Tahun Kelahiran HASRUDI JAWAWI


SYUKURALHAMDULILLAH, masih diberi nafas dan umur yang panjang kala usia dah semakin bertambah setahun lagi. Dalam tak sedar, dah masuk siri 30 aku tahun ni. Tidak!!! Cepatnya masa berlalu. Berlalu sudah usia 20an. Diri semakin tua!

Alhamdulillah, sepanjang 30 tahun menghirup udara pemberian Tuhan, banyak liku-liku hidup dan keperitan yang melanda hidup ini. Alhamdulillah semua bisa ditempuhi dengan radha walaupun peritnya agak tidak tertanggung terkadang. Percaya yang Tuhan itu tidak akan memberi ujian kepada hamba-NYA diluar kemampuannya.

Azam untuk tahun ni bersempena birthday? Cuma untuk terus suksess dalam dunia penulisan walaupun terkadang terasa semakin banyak kelemahan pada karya-karya yang mendatang. Walaupun diri ini terasa bagai ada yang mengkhanati dan dibelakangi. Tapi tidak mengapa, daku memaafkan mereka, kerana setiap menusia tidak lari dari melakukan kesilapan.

Ku akui kala dipuja, kala ramai teman, kala semua menghampiri, kita akan terasa bangga dan terasa bagai diri kita penting dan perlu dihargai oleh semua orang. Tapi ingatlah, dunia ini bulat, takdir Tuhan juga turun naik. Saat kau kesusahkan kelak, barulah kau tahu mana yang patut kau hargai dan mana yang patut kau selidiki.

Cuba untuk jadi lebih baik selepas ini. Cuma terkadang sikap daku yang lebih suka hidup dalam dunia daku sendiri membuatkan ada yang memikirkan daku seorang yang sombong. Sikap daku yang terlalu berhati-hati untuk bermesra dengan orang juga mengundang tanggapan negatif orang. Tetapi aku tidak kesal, selagi daku tidak menyebarkan khabar buruk dan menghasut sana sini, sudah memadai. Aku akan terus berdoa agar ada sinar bahagia untuk kita semua.

Diharap, Tuhan masih memberi kesihatan padaku, memberi umur yang panjang padaku dan memurahkan rezekiku selepas ini. Terima kasih kepada yang sudi memberi ucapan ulang tahun padaku. Tak kira dari medium apa pun...

ALHAMDULILLAH....





Mantap