Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 4 April 2016

Dato' Siti Nurhaliza & Friends Live 2016


Sebuah album digital, Konsert Dato' Siti Nurhaliza dan Teman-Teman yang telah diadakan di Stadium Negara pada 2 April 2016 yang lalu jam 9.00 malam bersempena 20 tahun pembabitan beliau dalam dunia hiburan sejak 1996.

Sebuah konsert yang berprestej dan diiringi oleh pemain muzik antarabangsa. Di dalam konsert ini juga, beliau telah mendendangkan single terbaru beliau duet bersama Whitney Houston melalui lagu yang telah dirakamkan oleh Whitney Houston tapi belum pernah dimainkan di mana-mana siaran yang berjudul MEMORIES (Boleh dengar di sini). Kira berani jugalah Dato Siti berduet dengan orang yang dah mati. Harap lagu ni tak berhantu.

Menampilkan lebih 20 lagu yang dinyanyikan secara penuh dan medley membuatkan konsert ini bakalan menjadi salah satu konsert Dato' Siti yang akan dikenang sampai bila-bila.

Jadi, buat pertama kali dan julung-julung kalinya, RUDI ZONE menampilkan rakaman konsert ini versi Audio dan hanya bisa didengar di Blog ini sahaja. Cuma untuk lagu 'Menatap Dalam Mimpi' ada masalah taknikal sikit telah berlaku. Ada lompatan track membuatkan lagu tersebut tidak sempurna. Walau bagaimana pun, lagu-lagu lain sempurna dan sedap di dengar.

Cuma ada beberapa part DCT salah tempo dan lupa lirik membuatkan konsert ini kedengaran sedikit cela dan tidak sempurna. Semoga terhibur!


Mantap