Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 10 April 2016

SAMYANG Hot chicken Flavor Ramen Tak HALAL!


SEJAK akhir-akhir ini kecoh pasal Samyang Hot Chicken Flavor Ramen ni. Mula-mula kecoh memasing nak cabar diri makan mi ni pedas ke tidak. Nangis ke tidak. Sampai ada seorang si polina bertudung dari utara semenanjung ni gigih buat video makan ramen atau istilah kat sini mi segera. Siap mekap, makan pelahap macam sebulan tak makan semata-mata nak cabar diri kekonon tahan dengan kepedasan ramen ni.

Bukan si polinah tu aje. Si polan dari chanel Youtube yang suka buat video 'jalan-jalan cari makan'nya sendiri tu pun gigih buat video mencabar diri sendiri makan ramen ni yang kononnya pedas. Bukan dia aje, banyak lagi yang buat.







Sebenarnya, banyak lagi video-video cabaran makan mi yang kononnya pedas ya amat ni. Namun, selepas mi ni semakin popular, tetiba! Timbulah isu status HALAL untuk produk ni.


  • Ada yang kata tak halal.
  • Ada yang kata ada kandungan lemak babi.
  • Ada yang kata tak ada kandungan lemak babi tapi mesin buat pes/perencah ramen ni guna mesin yang sama buat perencah yang ada lemak babi.
  • Pastu ada yang kata produk ni yang untuk Malaysia, Singapore dan Indonesia sah halal. Tapi yang dijual kat Korea tak halal.

Tak faham sungguh aku.

Isu halal Hot chicken flavor ramen. Berderau darah bila ada yang cakap ia tak halal. Dalam kepala dah fikir, "...
Posted by Farah Adha on Friday, April 8, 2016

Bismillahhirrahmanirrahim...Moga status ini memberi maklumat kepada semua penggemar2 maggi ramyeon yang baru2 ni di...
Posted by Pencuri Movie on Saturday, April 9, 2016


Aku pun hairan sebenarnya, kenapa dengan rakyat Malaysia berlumba-lumba nak makan ramen ni? Dah macam kat Malaysia ni tak ada produk mi segera yang sah dan tak meragukan status halalnya. haiyooo... Nak jugak produk ni.

So, kaedahnya, kalau setakat nak cabar diri sendiri makan ramen ni, baik kau kunyan 100 biji cili padi, mampu tak? Hahahaa.... peace no war!


Mantap