Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 1 April 2016

Ulasan Filem: The Faith Of Anna Waters



The Faith Of Anna Waters

Apabila seorang wartawan berjaya bernama Jamie mendapat tahu adiknya mati dalam keadaan misteri, dia mengembara ke Singapura untuk mengetahui punca sebenar. Ketika di sana, dia mendapati punca kematian adiknya. Dia terpaksa bergabung tenaga dengan suami adiknya demi menumpaskan entiti jahat yang menggunakan teknologi baru untuk menyelesaikan misi purba.

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 31 Mac 2016
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 36 Minit
Pengedar: GSC MOVIES
Pelakon: Elizabeth Rice, Matthew Settle, Adina Herz, Adrian Pang
Pengarah: Kelvin Tong
Format: 2D

ULASAN DAN PENILAIAN:

Berlandaskan cerita, KAKAK Jamie yang mati, bukan adik dia. So sinopsis kat atas dibuat oleh seseorang yang tak tengok pun lagi cerita ni. Hahaha... lokasi berlaku di Singapura. Malangnya, tiada babak atau sinematografi yang menunjukan mereka di Singapura. Tiada shoot tugu Singapura, USS dan sebagainya di dalam drama ini. Struktur bangunan dan hutan yang ada di dalam cerita ni pun macam dibuat di luar negara. So, kat situ kelogikan cerita nih dah macam tak boleh diterima.

Konflik, suspens dan tanda tanya dalam cerita ini boleh dipuji. Cuma plot yang bercampur aduk dengan watak-watak yang iols terkadang tak faham apa kepentingan watak tu, dan apa kaitan dengan jalan cerita buat iols diselubungi dengan tanda tanya. Pasal lelaki yang mati di awal cerita disebabkan Father tu pun aku masih keliru apa sebenarnya kaitan dia dengan cerita ni.

Cerita ni ala-ala The Conjuring, tapi The Conjuring lebih banyak babak seram dan terkejutnya. Cerita ni? Tak ada. Banyak cerita hanya di dalam rumah sahaja. Tiada babak diluar rumah sama ada berjalan menuju ke kafeteria, tepi tasik dan sebagainya. Paling hebat pun kat laman rumah aje. Tak tunjukan pun keindahan Singapura dalam cerita ni walaupun katanya mereka di Singapura.

Serius, jalan cerita dah okey, cuma susunan plot cerita yang agak messy membuatkan iols macam.. apakah? Yang anehnya, iols TAK BERAPA MENGANTUK DAN MENGUAP masa menonton cerita ni. Acaner tu? Iols pun tak faham dengan diri iols sendiri kekadang hahaha.

Dari 5 bintang iols kasi 2.003 bintang.













Mantap