Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 18 Mei 2016

Apa Yang Perlu Anda Buat Sebelum Membeli Tiket Wayang Di Kaunter


GILER panjang tajuk posting aku kali ni. Itu tandanya posting ini dibuat penuh emosi dan ketertekanan, Wahhhh!! Sebagai seorang yang 'kaki wayang' aku rasa banyak liku-liku kehidupan aku kat kaunter tiket ni. Selain berhadapan dengan casher atau juru tiket yang slow, kaunter banyak tapi buka satu aje dan kaunter tiket online tak ada yang jaga, hal penonton lain turut menganggu emosi aku.

Kepada mereka yang kaki wayang mungkin hal macam ni dah biasa dan dah prepare awal-awal sebelum nak tengok sesuatu filem tu. Tapi biasanya, yang jarang-jarang tengok wanyang, newbie, acah2 dating dengan kekasih dan acah2 kaya ni selalu membawa masalah pada kaki wayang macam aku ni. Jadi, aku harap sangat korang yang baru nak ber-jinak2 dalam dunia kewayangan dan ber-jinak2 nak mengeletis dgn kekasih dalam panggung wayang silalah baca posting ini.

1. "Buat kajian atau tengok dulu filem-filem akan datang di internet". Kata memasing dah ada smart phone kan? Tak reti-reti nak Google filem terbaru yang akan di tayangkan? Lepas tu tengok tarikh dan masa yang ada kat internet tu. Takderlah masa nak beli tiket tu baru gigih nak tengok waktu tayagan dan cerita apa yang best. Kalau kau nak tengok waktu tayangan sesebuah filem tu, sila tengok pada skrin LCD yang ada kat kaunter SEBELUM KAU BERATUR!!! BUKANNYA MASA KAU BERATUR TU BARU SIBUK NAK TENGOK WAKTU TAYANGAN YANG ADA. SUDAHNYA SAMPAI KAUNTER PUN KO MASIH TANYA JURUTIKET TU, JADUAL WAKTU TAYANGAN FILEM YANG KAU NAK TENGOK. What??? Rasa macam nak kaki2kan aje orang macam ni.

2. "Sebelum tengok sesebuah filem tu, kalau ada internet googlelah dulu sinopsis cerita tu awal-awal", bukannya dah kat kaunter tu kau baru nak tanya juru tiket tu, "CITE APA BEST EK? CITER NI BEST TAK? CITER YANG ADA ROMEN2 ADA TAK?" Kau ingat juru tiket tu ada masa nak tengok wayang sedangkan dia kena kerja? For sure dia jawab semua best! Hampeh ko kan? Sudahnya orang yang nak cepat beli tiket jadi lambat disebabkan kau!!! SOALAN YANG DIBENARKAN TENTANG SESUATU FILEM TU DI KAUNTER ADALAH 'CITE NI ADA SUBTITLE TAK?" ITU SAHAJA. Lain tak terperlu.

3. "Kena ada backup plan atau plan B incase cerita yang kau nak tengok tu full house". Tak derlah kau terkial-kial nak tengok cerita apa bila tiket untuk filem yang kau nak tengok tu fully booked untuk satu hari tu. Ko dah menyusahkan pembeli lain kena berdiri dan beratur lama. KALAU KAU TETAP GIGIH NAK TENGOK WAYANG HARI TU JUGAK, SILA BEREDAR DARI KAUNTER LALU KE TEMPAT LAIN. KAU AMBILAH MASA BERAPA LAMA KAU NAK BUAT KEPUTUSAN. BUKAN TERUS BERTENGGEK KAT KUANTER TU. KAU INGAT AKU ADA MASA NAK TUNGGU KAU BUAT KEPUTUSAN???

4. "Pakat dengan kawan-kawan atau family kau AWAL-AWAL nak tengok cerita apa dan ada backup plan atau plan B incase filem yang korang nak tengok tu tinggal seat depan atau fully booked!!" BUKANNYA TIME DAH KAT KAUNTER TU KAU BARU TER-HEGEH2 NAK CALL KAWAN KAU SEORANG2 UNTUK TUKAR PLAN. KAU INGAT AKU NI SAPE NAK TUNGGU KAU DENGAN KAWAN-KAWAN KAU BUAT KEPUTUSAN??? KAU INGAT KAU DIVA? KAU INGAT KAU CHANTEK???


5. "Confirmkan betul-betul berapa tiket nak kena beli sebelum kau beratur". JANGAN DAH SAMPAI KAUNTER, KAU BARU NAK CALL NENEK KO, MAK KO, KAKAK KO, JIRAN KO, KUCING KO NAK CONFIRMKAN BERAPA TIKET KAU NAK KENA BELI. Kau ingat kau ANAK RAJA nak suruh orang tunggu kau????

6. "Dah tahu seat bahagian mana nak pilih". SEMUA SUSUNAN SEAT PANGGUNG WAYANG KAT MALAYSIA NI SAMA AJE. TAK ADENYA ADA YANG SALING MENGHADAP PASANGAN. NI, NAK PILIH SEAT PUN MEMAKAN MASA. TERUTAMA YANG COUPLE TU. Kau kalau nak pilih seat yang boleh kau meraba-raba, KAU PILIH SEAT 3 BARIS PALING DEPAN. Tak ada siapa nak tengok kau beromen. BIASANYA PASANGAN MACAM NI LAH YANG MELAMBATKAN PROSES PERGERAKAN PEMBELI YANG BERATUR. BERCINTA TAPI NYUSAHKAN ORANG!!


7. "Kalau ada merchandise limited edition untuk sesuatu filem tu, please, ko tanya kat kaunter jual popcorn tu boleh tak sebelum beli tiket?" AKU PALING MENYAMPAH YANG JENIS BELI TIKET LEPAS TU NAK BELI JUGAK MERCHANDISE LIMITED EDITION TU. LEPAS TU NAK PILIH MERCHANDISE PUN MEMAKAN MASA. HAIYOOOO... KALAU KAU NAK BELI TU SEMUA KAU BELI KAT KAUNTER PIOP CORN BOLEH TAK? JILAKE... KAUNTER TIKET TU PUN SATU. KALAU DAH NAMA KAUNTER TIKET, KAU JUAL AJELAH TIKET, MOTIF NAK JUAL SEGALA BARANG LIMITED EDITION TU???

8. "Sediakan wang yang mencukupi atau pastikan kad kredit/debit anda sah dah boleh dipergunakan". JANGANLAH MASA DAH KAT KAUNTER TU BARU HENGEH-HENGEH NAK KOREK DUITLAH. LEPAS TU SIBUK TANYA PASANGAN ADA DUIT KECIK KE TAK.. ADUHAI!!! YANG GUNA KAD KREDIT/DEBIT TU, PLEASE ALERT, PASTIKAN JUMLAH TIKET KAU TU LEBIH RM30. KALAU SETAKAT BAWAH RM30, BAYAR CASH BOLEH TAK??? ADUHAIII..

9. "Awal-awal buat keputusan nak beli set pop corn ke tak. Dan nak kena beli single atau couple set pop corn". BUKANNYA BILA DAH KAT KAUNTER, KAU BARU NAK FIKIR NAK KE TAK SET POPCORN. PALING HAMPEH, YG COUPLE NI. NAK BELI SET SINGE ATAU COUPLE PUN MAKAN MASA. YANG POMPUAN KATA TAKUT TAK HABIS, YANG LELAKI KATA TAKUT TAK CUKUP. KALAU MACAM TU KO BELI SET SINGLE 2 SET. HABIS CITER. KALAU TAK HABIS LANTAK DIALAH. SIAPA YG TAK HABIS DIA YANG RUGI. KAN SENANG? ITU PUN MAKAN MASA NAK BUAT KEPUTUSAN. PUIII!!!

10. "Plan waktu yang sesuai nak beli tiket pakej nak buat member card". KALAU KAU ADA TERGERAK HATI NAK BUAT MEMBER CARD, PLEASE... BUAT PADA HARI BIASA YANG MANA TAK RAMAI ORANG BERATUR SAMPAI KE BASEMENT. NI, KAU DAH TAU RAMAI ORANG BERATUR, TIME TU JUGAK KAU NAK BUAT MEMBER CARD. KAU INGAT NAK BUAT MEMBER CARD TU KEJAP? KAU NAK CIPTA PASSWORD KAU PUN MAKAN MASA OKEY!!! Kau ingat hebat sangat ke kau, aku nak kena tunggu ko?

11. "Mana-mana adik-adik yg baru nak belajar tengok wayang dan tiket bayar sendiri berhad", silalah kumpul duit korang pada seorang ketua. BUKANNYA TIME NAK BAYAR TU LAH BARU MASING-MASING NAK KELUARKAN DUITLAH, NAK KIRA DUIT CUKUP KE TAKLAH, DAN TETIBA DUIT TAK CUKUP NAK KENA PINJAM MEMBER PULAKLAH. AKU TAHU KAU ORANG KEKADANG MATEMATIK FAIL. SO, KENALAH RANCANG DARI AWAL BUDJET KO NAK TENGOK WAYANG DAN KUMPULKAN DUIR KORANG PADA KETUA GRUP KORANG. DISEBABKAN HAL TU, KAU ORANG DAH MELAMBATKAN ORANG LAIN NAK BELI TIKET KAU TAHU TAK???

Berikut 11 perkara kepada NEWBIE, ADIK-ADIK ACAH COUPLE AJAK KEKASIH TENGOK WAYANG DAN YANG BARU NAK BERJINAK-JINAK DALAM DUNIA KEWAYANGAN wajib tahu. Aku harap korang alertlah pasal 11 perkara (di antaranya) tu sebelum nak beli tiket wayang agar tak menyusahkan pembeli yang lain.

Ya, memang boleh beli tiket online, tapi tak semua panggung wayang boleh print tiket terus dari rumah. Tak semua orang ada printer. Tak semua panggung wayang ada khidmat QR code ke smart phone. MBO kat tempat aku ni, tiket online pun kena claim kat kaunter tau. KAU RASA???? So, masalah-masalah seperti di atas nilah selalu buat aku bengang.. kbye!




Mantap