Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 26 Mei 2016

Ulasan Perfume: APRIL ELEVEN by RITA RUDAINI



TANGGAL 1 April 2016 yang lalu, pelakon hebat Rita Rudaini telah mengeluarkan haruman terbarunya yang diberi nama APRIL ELEVEN. Haruman yang dikeluarkan dengan jumlah terhad ini mula di pasarkan bermula 1 April yang lalu. Menjadikan tarikh lahir beliau sebagai nama harumannya menjadikan haruman ini eksklusif dan perlu dikumpul atau dimiliki oleh peminat beliau.

Menurut Rita, haruman ini hanya dikeluarkan 50 ribu unit sahaja. Dan selepas itu tidak akan dikeluarkan lagi olehnya. Jadi, kepada pengemar haruman selebrity Malaysia, anda perlu memiliki haruman eksklusif ini.


Untuk versi limited edition April Eleven kali ini, Rita memilih botol yang berbeza dengan botol koleksi Adorable beliau. Malangnya, botol pilihan Rita kali ini sebijik macam botol haruman BUNKFACE for Her dan Revolution. Cuma warna tudungnya sahaja berbeza. Bagi design kotak, boleh dipuji. Lebih cantik dan eksklusif dengan blink2  pada nama perfume.

Namun, masalah yang sama pada cetakan botol seperti koleksi Adorable. Sama seperti Adorable, cetakan pada botol sangat rendah kualiti dan mudah terhakis. Anda tercarik dengan kuku pun label boleh tertanggal. Iols terpaksa tampal soletape transparant demi memastikan cetakan pada botol tidak tertanggal. 

Harap untuk haruman akan datang, Rita lebih memilih printing pada botol yang lebih berkualiti dan tahan lasak. Sedangkan perfume Fasha Sandha lebih murah dari perfume ni, printing perfume Fasha Sandha lebih terbaik berbandang perfume Rita yang agak mahal dengan kuaniti yang sama.



Bagaimana baunya? Tiada persamaan dengan mana-mana bau haruman lain, April Eleven hanya menyerlahkan bau anggur semata-mata seraya jauh berbeza dengan koleksi Adorable beliau yang lebih ke arah bau Coffie dan Fresh Vanilla. Bau haruman ini sangat anggur yang manis dan sedap dimakan. Bersesuaian dengan warna cecair harumannya, ungu.

Tahap ketahanannya boleh dipuji kerana tahan lama andai disembur pada pakaian. Haruman semakin kuat andai baju yang anda pakai dalam keadaan lembab disebabkan terkena hujan atau peluh.



Mantap