Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 7 Jun 2016

Terbaru dari De'Xandra: ABIR & ZAHRA


MEI 2016 yang lalu, De'Xandra telah mengeluarkan produk terbarunya dengan menjadikan duta rasmi produk tersebut iaitu Nabil Ahmad dan Isteri sebagai inspirasi untuk dua haruman terbaru mereka yang diberi nama ABIR dan ZAHRA.  Untuk dua haruman ini, harumannya telah di inspirasikan oleh pasangan bahagia ini iaitu Nabil Ahmad dan isterinya, Nazira Ayup.


Gambar di atas adalah poster rasmi untuk haruman ini. Untuk Abir by Nabil De'Xandra telah memilih warna hitam sebagai konsep label dan kotak, manakala Zahra by Zira pula warna emas bersesuaian dengan gaya Zira yang tampak elegen dan sentiasa menjaga penampilan.


Bagi reka bentul botol dan kotak masih mengekalkan konsep perfume De'Xandra yang lain. Kecil, comel dan mudah dibawa ke mana sahaja. Ringan dan tidak berat. Manakala kuantiti juga, sama seperti haruman De'Xandra yang lain. ABIR dan ZAHRA dikeluarkan dengan kuantiti 35ml sahaja buat masa ini.



Bagaimana bau haruman ABIR dan ZAHRA? Pasti ramai yang tertanya-tanya, kan? Sejujurnya, untuk haruman ABIR dan ZAHRA ni bagi saya agak eksklusif. Nak tahu kenapa? Sebab, semburan awal, akan mencetuskan haruman segar, namun selepas setengah jam, haruman mewah akan menguasai suasana. Berbeza dengan haruman inspirasi De'Xandra yang lain yang mana sembur kali pertama akan mengekalkan haruman yang sama tanpa ada perubahan bahu untuk minit-minit yang seterusnya..


Untuk haruman ABIR, semburan kali pertama haruman citrus agak kuat dan menyengat. Sekilas bau seakan haruman INVICTUS daripada Paco Rabanne. Namun setengah jam kemudian, haruman berubah ke bau mewah yang ke arah bau kulit! Kulit seat kereta mewah! Seakan haruman Tom Ford Tuscan Leather. Sesuai untuk si jejaka yang ingin tampil mewah dan elegen sepanjang hari. Sesuai juga dipakai untuk ke majlis-majlis rasmi dan tertutup. Pendapay saya, haruman ini agak tidak sesuai dipakai untuk aktiviti luar seperti riadah dan juga ke gym.

Manakala untuk ZAHRA pula, semburan kali pertama akan mengingatkan anda pada haruman Bombshell daripada Victoria Secret. Namun selepas setengah jam kemudian, haruman segar itu bertukar ke bau haruman floral mewah danl embut seakan bau haruman Flora daripada GUCCI. Sesuai untuk dipakai harian bagi mereka yang kerja di pejabat dan tempat tertutup. Sesuai juga dipakai untuk ke majlis-majlis rasmi dan elegen.

Itulah eksklusifnya untuk haruman ABIR dan ZAHRA ini berbanding haruman inspirasi De'Xandra yang lain. ABIR dan ZAHRA punya Top Note, Middle Note dan Base Note yang akan berubah bau mengukit masa dan jenis kulit.

Ketahanannya bagaimana? Sudah semestinya tahan lama andai dipakai pada pakaian. Untuk dipakai pada kulit, dinasihatkan pakai losyen pelembab terlebih dahulu sebelum sebur haruman De'Xandra. InsyaALLAH anda akan berbau harum sepanjang hari. Kesemua haruman De'Xandra akan lebih tahan lama andai dipakai pada kulit jenis lembab dan tidak kering.

Jujur saya katakan, haruman De'Xandra adalah haruman inspirasi terbaik buat masa ini dari segi ketahanannya. Sembur pada pakaian, lepas cuci pun haruman masih kekal. Berbaloi dan berkualiti. Tak rugi anda miliki. Sembur sedikit sahaja, harum sepanjang hari. Lebih-lebih lagi haruman ABIR dan ZAHRA yang begitu eksklusif ini.

Buat masa ini ABIR dan ZAHRA masih dalam proses beredar ke kedai atau stokis dan agen sah berhampiran dengan anda. Kalau susah sangat nak cari, anda tak perlu risau. Boleh beli secara online.

Hubungi sahaja:

NORAIN ABD. HAMID
Authorized Distributor De'Xandra

Nombor telefon: +6019-5519144
Email: ainfragrances2u@gmail.com
Facebook: fragrances2u
Instagram: @fragrances2u

JADI APA TUNGGU LAGI? HUBUNGI NOMBOR DAN MAKLUMAT YANG TERTERA DI ATAS UNTUK MENJADI ORANG YANG TERAWAL MEMAKAI HARUMA ABIL DAN ZAHRA YANG PASTI BUAT ANDA PUAS HATI DAN GEMBIRA SERTA BERBAU HARUM SEPANJANG HARI. SAH DIBUAT SOLAT TAU!! CEPAT ORDER!!!





Mantap