Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 8 Julai 2016

"Aku bukan lagi peminat tegar Dato' Siti Nurhaliza," ~ HASRUDI JAWAWI



8 JULAI 2016 - adalah tarikh rasmi untuk aku 'unfollow' apa-apa sahaja page di laman sosial milik Dato' Siti Nurhaliza sama ada yang rasmi atau tidak secara berperingkat. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku berhenti menyokong kariernya yang sudah menaikan nama dan menambah rezekinya selama dia melibatkan diri dalam bidang nyanyian sehingga boleh hidup senang ketika ini dengan suami tercintanya yang turut berada.

Saat media dari negera seberang menyebarkan berita kemuliaan hati beliau yang sanggup merendah diri menjual produk jualannya dan membuat kebaikan di Mekah, tapi hati aku kewalangan dengan semua itu.

Kenapa aku kewalangan dan kesangsian dengan setiap apa yang dia paparkan tentang kebaikan dirinya? Tiada jawapan untuk persoalan itu yang bisa aku luahkan secara rasmi. Bimbang bercanggah dengan pendapat penyokong beliau yang lain.

Pasti ramai akan tertanya-tanya kenapa tiba-tiba berani upload gambar unfollow Instagram penyanyi yang aku sokong lebih 100% sebelum ni? Sebenarnya bukan Instagram (IG) beliau sahaja aku unfollow, kesemua IG artis yang aku follow sebelum ni akan aku unfollow secara berperingkat. So, IG beliau adalah yang pertama.

Kenapa Dato' Siti Nurhaliza yang pertama di unfollow? Sedangkan dia artis nombor satu negara? Gelaran penyanyi nombor satu negara tu pemberian peminat dan penyokong-penyong tegar beliau. Bukan beliau yang nak gelaran itu seperti kenyataan kawan baiknya (anak menteri) yang panas dengan isu 'ikon belia' tu. Jadi, tak salah rasanya aku upload gambar aku unfollow IG beliau sebab beliau artis pertama yang aku unfollow selepas aku follow beliau sekian lama. Lagipun, setakat aku seorang yang unfollow, bukannya beliau perasan pun. Tak luak pun 3 juta followers dia yang 68% adalah online seller tu, tapi beliaubangga sebab ingat yang followers beliau semua peminat tegarnya. Beliau pun tak heran aku unfollow beliau.

Mustahil unfollow tanpa sebab, kan? Sejujurnya adalah sebabnya. Beberapa isu yang tercetus di IG beliau sejak Ramadan 1437 yang lalu seolah membuka sedikit ruang mata aku ni untuk melihat siapa beliau yang sebenarnya. Alasan yang diberikan bila ditegur peminat mengenai apa yang beliau post di IG macam agak angkuh dan ada yang susah untuk aku terima. Jika tidak mahu dikenali di Mekah semasa melakukan ibadat, kenapa perlu selfie atau bergambar di sana? Bila ditegur peminat atau follower beliaudi IG, boleh pula beliau balas.

Lagi satu, saya agak hairan pada beliau, komen berkaitan doa, ucapan dan pertanyaan peminatnya di IG beliau, satu pun tidak dibalas. Tapi andai ada follower beliau yang mempertikai dan mengecam, beliau, boleh pula balas siap tag nama pemegang akaun. Tidak anehkah begitu? Mengabaikan ucapan, pertanyaan dan doa peminat-peminatnya di ruang komen, tapi komen mempertikai dan kecam dari follower yang mungkin haters yang tak pernah menyokong beliau, kenapa beliau boleh perasan dan balas? Tak ke pelik tu? Di situ aku dapat rasa, beliau sengaja mengabaikan setiap komen positif peminatnya. Tapi ambil berat pasal komen negatif hatersnya.

Lagi satu sebab aku unfollow beliau, sebab nak bersihkan HOME akaun IG aku. Beliau dan artis lain pun sehari update IG lebih 5 kali. Penuhkan home aku aje. Sampai post kawan-kawan aku, rakan seperjuangan dan pembaca-pembaca karya-karya aku, aku terlepas pandang. Jadi tak salah rasanya aku unfollow beliau.

Lagipun dia lebih menghargai 'pembantu' di rumahnya a.k.a MAID dia berbanding peminat dia yang dah berlebur wang ringgit sejak dia menjejakan kaki di industri ini. Maid dia dapat baju koleksi dia free uols... walaupun dah dapat gaji setiap bulan. peminat yang dah berhabis duit beli tiket konsert dia beratus, beli album dia segala, dapat ape? Tu belum yang gigih beli produk dia di Watson. Sendiri mau ingatlah. Hahaha...

Mesti ramai yang akan kecam alasan aku ni. Sokong tak ikhlas. Ikhlaskah beliau dengan peminat-peminatnya? Terutama penyokong tegar beliau termasuk Siti Zoners. Dan baru-baru ini dia re-post satu gambar dari akaun anak menteri yang kecoh isu 'ikon belia' sebelum ini. Seorang followers dia mempertikai akan isu itu di IG beliau sehingga menarik perhatian anak menteri tersebut membalas komennya. Namun, keesokan harinya komen followers tu hilang dan bila aku DM pemilik akaun tu, dia mengatakan dah kena block dengan beliau. Whattt??? Followers dia tu 'jentik' sikit sikit kawan baik beliau yang beliau sayang til jannah tu, terus block. Matangkah tindakannya itu? Dah tu, followers dia yang dah sokong dia selama ni, beli album dan produk dia tu kenapa beliau tak jaga hatinya? kenapa block? Berapa banyak anak menteri tu sumbang kekayaan pada anda?

Lagi satu, balasan komen dari beliau pada followers beliau yang mempertikai hubungannya dengan anak menteri tersebut agak sinis bila dia mempersoal 'Ada masalah?'. Bukan sinis sahaja, nadanya cukup angkuh. Itu juga salah satu sebab kenapa aku unfollow beliau.

Ya, memang hubungan silaturahim dan fahman politik adalah dua perkara berbeza. Tapi, semasa beliau mempertikai soal ketidak seimbangan fahman politik sekarang dan kenyataan beliau menyokong Tun M di Twitter dan IG, ada tak beliau fikir semua itu? Siap ada yang mempertikai kenyataan 'tunjuk pandai' beliau mengenai isu politik negara sebelum ini yang melibatkan kawan baik beliau til jannah tu. Jika dah tahu hal itu sensitif, perlu ke nak update pasal dia dan kawan baik til jannah beliau? Dah sah-sah orang akan meragui tentang kenyataan politik beliau sebelum ni.

Nak kata beliau baru berusia 25 tahun, tak juga. Sudah 30an dah. Masakan hal sebegitu masih tidak boleh berfikir? Aku yakin ramai yang tak bersetuju dengan aku. Sebenarnya sudah lama aku perhatikan tindak tanduk beliau di IG dan Twitter. Seeloknya dia tidak perlu buat akaun IG atau Twitter sebab terkadang kenyataan beliau berkaitan isu tertentu tak kena pada suasana. Sedangkan suami sendiri berhubung kuat dengan ahli politik yang ada. Kesunyian sagatkah beliau?

Tapi tak apalah, setakat kehilangan peminat setia dia seorang, tak akan meluakan rezeki beliau. Dia tak perasan pun. kesah pun tidak. Kalau ada kawan-kawan beliau, artis dan sebagainya komen IG beliau, memang beliau akan balas. Peminat-peminat beliau komen, korang jangan nak mimpi beliau nak balas. Korang tag nama beliau pun, jangan harap beliau nak like. Sedangkan beliau  banyak masa nak stalker IG beliau setiap hari. Hahahaha...

Apa-apa pun, aku tetap doakan, agar beliau terus suskses dalam karier dan perniagaannya. Walaupun ucapan aku ni macam tak kena, kira okeylah tu. Karang aku doakan yang buruk-buruk mula ada yg kata aku penuh dengan hasrat dengki. Tak ada masa aku nak dengki. Bukan dapat apa pun. Kalau nak dikirakan, aku lebih banyak berhabis untuk kerjayanya. beliau? Buat konsert free pun semua sponsor. Buat majlis raikan fan club  pun ahli kena bayar sendiri duit makan dan penginapan. Nampak sangat tak nak rugi. Hahaha... apa-apa pun Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk semua.

Tambahan: Selepas ini tiada lagi update berkaitan dengan beliau di mana-mana media sosial dan blog, termasuk YouTube milik aku di bawah nama Hasrudi Jawawi dan Rudi Zone. Harap maklum.







Mantap