Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 19 Julai 2016

Haruman Selebriti Indonesia

Haaa... jangan ingat, artis Malaysia aje berebut-rebut nak ada perfume sendiri. Artis Indonesia juga turut ada mengeluarkan haruman mereka sendiri. Cumanya, haruman selebriti Indonesia lebih eksklusif dan elegant jika dibandingkan dengan haruman selebriti Malaysia dari segala segi. Haruman artis Malaysia kebanyakan menggunakan botol ready mate yang mana turut diimport dari Indonesia. Macam mana tu? Yang boleh dikatakan haruman artis Malaysia yang betul-betul eksklusif hanya haruman dari Ning Baizura - Ning sahaja. Yang lain? Agak menyendukan. Tak percaya, tengok gambar di awah ni.



Ha... macam mana, meletup tak haruman artis Indonesia? Dahlah design kotak cantik dan berkualiti, printing pada botol pun menarik. YANG PENTING! REKAAN BOTOL TAK ADA DIJIPLAK DARI MANA-MANA BOTOL SEDIA TERJUAL DI PASARAN TAU? Terkecuali Febby Febiola – Febiola yang botolnya hampir 98% macam perfume CH Garden Party Carolina Herrera.



Nampak? Letup tak perfume Anggun ni? Design botol dia memang cantik. Sesuai dengan personaliti dia yang diva dan sexy! Baunya macam mana? Iols tak tahu sebab takder jual di Malaysia hahaha... harga pun tak tau berapa hehehe...


Kat atas ni pulak perfume Rossa, sekali tiga jenis haruman terus dia keluarkan uols! Botol pun berbeza design.. Memang chantek... dah masuk pasaran Malaysia. Harga untuk setiap botol tak sampai RM50. Kepada peminat Rossa, uols harus miliki.



Jangan ingat Remy Ishak aje boleh keluarkan perfume jenama dia sendiri yang mana botol sama 100% macam perfume Fasha Sanda. Ariel pun ada perfume dia jugak. Lebih jantan dan simple rekaan botol dia. Impulse nama perfume dia. Terus terbayang body spray jenama Impulse hahahaha... Apa-apa pun poster dia memang meletop!!! Pop! Pop!



Tidak ketinggalan, penyanyi lincah Angnes Minica juga turut ada perfumenya sendiri. Tengok design botol dan warna cairannya teringat terus perfume Britney Spears Believe sebab botolnya pun ada bucu-bucu tajam macam tu dan warnanya pun hijau. Baunya macam mana? Pun iols tak tahu. Kalau Britney Spears Believe baunya seakan Theirry Mugler Angel. Yang Agnez Reve ni tak pasti macam mana baunya.


Kalau kat Malaysia Bunkface artis berkumpulan pertama ada perfume jenama sendiri, One Direction artis antarabangsa ada perfume sendiri, Indonesia pun ada. Ungu turut ada perfume mereka sendiri. Lima jenis terus mereka keluarkan mewakili setiap ahli kumpulanya. Teringin nak bau yang botol ungu tu, macam mana agaknya haruman pilihan Fasha Ungu? Wahhh...


Nadine Chandrawinata dan Febby Febiola juga mengeluarkan haruman masing-masing. Cuma design botol untuk perfume dua selebriti ini tidak berapa nak eksklusif kerana mirip Chanel Chance dan CH Garden Party Carolina Herrera. Walau bagaimana pun masih tetap chantik. Penutup perfume Nadine Chandrawinata seakan perfume J.Lo - Still.


Olla Ramlan juga tidak mahu kalah! Tetap punya perfume sendiri. Iols suka konsepnya. Walaupun seakan haruman Giorgio Armani Diamond untuk konsep rekaan botol dan warnanya, namun bagi iols tetap nampak elegant dan menarik jika nak dibandingkan dengan perfume retis Malaysia. MAtilah aku kena kecam dan carutan lepas ni.

haaa... berikut adalah di antara selebriti Indonesia yang ada perfume mereka sendiri. Buat masa ni perfume Rossa sahaja ada di pasaran Malaysia. Untuk selebriti yang lian uols kenalah cari kat Indonesia keh? Hehehe...





Mantap