Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 22 Julai 2016

Official Trailer Video BANGLO SEKSYEN 12 karya HASRUDI JAWAWI





Tragedi pembunuhan enam remaja di banglo terbengkalai itu 15 tahun lalu menyebabkan banglo itu digelar banglo angker. Ada yang mengatakan roh enam remaja yang mati dibunuh di banglo itu masih bergentayangan dan tidak aman sehingga sekarang.

Hal itu membuatkan Fazlie, Amir dan Farina yang telah menubuhkan kumpulan penerjah aktiviti paranomal dengan nama Ghost To Ghost bersama tiga lagi ahli jemputan khas mereka telah memilih banglo itu sebagai lokasi mereka yang seterusnya untuk merakam aktiviti paranormal yang ada di sana.

Namun, saat mereka cuba merakam aktiviti paranormal yang ada di banglo lama dan terbengkalai itu, satu tragedi yang hampir sama seperti tragedi pembunuhan 15 tahun lalu kembali berulang! Apa sebenarnya telah berlaku? Adakah banglo itu benar-benar angker seperti yang dihebohkan di internet? Siapakah dalang yang sebenarnya di antara mereka berenam? Mampukan Inspektor Hairy dan Saleha menyelesaikan kes misteri ini?

BAKAL BERADA DI PASARAN 2016 TERBITAN BUKU PRIMA.

Baca bab awal di WATTPAD: https://www.wattpad.com/215712497-banglo-seksyen-12-prolog

Credit:
Trailer Filem HIGHLAND TOWER
https://www.youtube.com/watch?v=h4xYorf2WKc

Trailer Filem Demonic
https://www.youtube.com/watch?v=pvyPmbBpBWw

Trailer drama Banglo Seksyen 2
https://www.youtube.com/watch?v=MNFGf8oufn8





Mantap