Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 12 Ogos 2016

Hermo & In2Face - Online Shop TERBAIK!


BERITA BAIK! untuk mereka yang suka shopping di atas talian atau istilah englishnya suka online shopping. Kat sini ada dua website yang iols syorkan khas untuk gugurls di luar sana yang nak beli alat solek atau alat mekap yang didatangkan terus dari Korea dan negara-negara Asian yang lain. Haaa... kiranya khas untuk para gadis yang suka bersolek ala Korea siap pakej nak produk-prosuk kosmetik dari Korea yang susah nak dapat di kedai. Tapi Hermo.my dan In2Face ada jual! 

Iols tahu banyak gadis-gadis remaja di luar sana suka dengan solekan 'Korean look' yang nampak lebih natural dan tak fake sangat. Nak cari produk mekap dari Korea kat Watson dan Guardian memang susah nak jumpa. Kalau yang stay KL tu mungkin banyaklah kedai-kedai mekap dari Korea. Tapi yang tinggal dekat ceruk pekan koboi macam iols ni macam mana? Kalau ada pun ala-ala stock out dated, orang KL dah tak pakai, kat sini baru nak habis stock lama. Acaner tu?

So, selepas ini jangan gusar, jangan gelisah, peminat produk mekap Made In Korea dah boleh membeli alat mekap kegemaran mereka secara online di Hermo.my dan In2face!! Apa website dia orang? Inilah website dia orang:


Klik sahaja pada address/URL atau link kat atas tu anda akan terus dibawa ke laman sesawang jualan online mereka. 

Pada peminat produk dari Periperia macam iols, produk tu ada jual kat In2face!! Kadang-kadang kita pergi Watson (terpilih) dan SASA, selalu sangat habis stok. Lepas tu berkurun nak restock. Terutama cawangan mereka yang celah-celah bandar yang belum nak membangun. Tapi kat In2face ada jual! Dan baru-baru ni depa ada buat sale, Lips Tint Cushion yang harga asal RM30++ dia jual RM10++ sahaja!!! Iols grab terus dua uols!!! Lebih murah dari SASA yang ada sales tu.


Yang penting kalau uols beli barangan di In2face lebih RM150, anda akan dapat pengeposan percuma seluruh Malaysia. Kalau tak, macam iols hari tu, kos pos dicaj mengikut berat dan lokasi rumah anda. Tak kisahlah. Yang penting iols dapat beli Lip Tint Cushion Peripera yang iols berpuluh kali tanya kat SASA tapi dah habis stock dan depa tak restock pun lagi. Puas hati dapat beli online dengan harga JAUH LEBIH MURAH!!!



IN2FACE ni bagi iols khas untuk uols yang nak beli barangan dari Korea. Sebab produk-produk yang depa jual kebanyakan dari Korea. So, boleh tengok kat website dia orang. 

Macam mana dengan pengeposan dan proses jual beli? Lambat tak? 

TAK UOLS... proses pembelian depa memakan masa 5 HARI BEKERJA SAHAJA! Silap-silap uols order hari ni, lusa barang tu dah sampai sebab depa pos guna POSLAJU. Memandang kawasan rumah iols ni kawasan lambat POSLAJU, so memakan masa sikitlah sampai. Dalam seminggu gitu. Nak-nak lagi bila cuti dah tak sama. Johor ni Jumaat Sabtu posmen cuti. Negeri lain (terkecuali negeri yang cuti Jumaat Sabtu) pulak cuti Sabtu Ahad, so kat situ akan berlaku delay. Paserah ajelah. Tapi barang tetap sampai dengan jayanya walaupun lambat sikit.



Manakala yang suka produk mekap jenama antarabangsa yang selalu up to date, tapi kat Watson, Guardian, SASA atau kedai jual produk Korea kat tempat uols masih jual stok lama, uols boleh membeli kat Hermo.my.


Kat Hermo ni, produk Korea, Jepun, USA, Paris dan segala macam ada jual termasuk produk Yadah yang kat atas tu yang susah sangat nak jumpa kat mall. Tak semua mall ada. Yang penting produk yang belum masuk pasaran terbuka kat Malaysia, depa dah jual dulu kat website diaorang!!! Hebat tak? 

Kadang-kadang kita tengok Asyalliee dah review produk terbaru kat pasaran, kita gigih ke Watson, Guardian dan segala bagai kedai mekap kat mall berdekatan, masih tak ada jual sebab apa? Kawasan tempat tinggal kita tu masih belum nak maju lagi macam kat KL. So, di Hermo anda akan sentiasa up to date bab alat-alat solek uols.

Proses pembelian di Hemro MEMANG TERBAIK. Hari ni uols payment, dengan kaedah yang depa dah settingkan, esok atau lusanya depa pos. Boleh request sama ada nak guna POSLAJU, GDEX atau SKYNET. Pantas dan sangat terbaik! Yang hebatnya!! Kalau anda beli 2 items kat Hermo.my, secara automatik FREE POS! Walaupun pembelian anda tu tak sampai pun RM50. Tu yang bestnya kat Hermo. Yang penting kena beli 2 item ya!


Sebenarnya kat Hermo dan In2face bukan hanya menjual barangan mekap aje. Mereka juga turut menjual barangan penjagaan diri dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki anda. Penjagaan yer... bukan PUKAIAN. Tiada PAKAIAN dalam website dia orang. Website Online Shop Watson pun tak sehebat barangan yang dia orang jual. Bukan produk penjagaan diri untuk wanita aje ada jual. Produk penjagaan diri untuk lelaki pun ada jual juga. Tapi... limited. Hahaha...

So, pada uols yang duduk celah kampung atau ceruk-ceruk lembah tu, kalau ada liputan internet, tapi nak cantik, anda boleh beli online di Hermo dan In2face. Online Shop yang disyorkan oleh RUDI ZONE! Tak pasti website mereka menyokong paparan mobile atau tak. He he he he....





Mantap