Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 14 Ogos 2016

Korean Gradient Lips Tutorial - Simple dan Mudah




Pastikan nak buat gradient lips ni, selepas anda dah siap mekap yer? Tak kira lelaki atau perempuan, pemakaian apa-apa kosmetik pada bibir adalah step terakhir dalam proses merias wajah.

Iols suka taktik gradient lip ni sebab nampak natural dari jauh. Walaupun ada yang kata macam bibir orang sakit atau macam baru lepas makan buah kana. ha ha ha!

Alat solekan yang digunakan tak susah pun.

1. Lip INK dari Peripera. (warna dalam video ni Orange)
2. Stick Concealer (Iols guna jenama Essence)

Nak tau caranya silalah tonton video di atas ya?

Kat mana nak beli dua produk tu?

Kat Watson pun ada uols. Sasa pun ada. Concealer tu tak kisah sebenarnya nak pakai jenama apa, janji yang stick. Nak guna yg liquid pun boleh. Mana yang senang nak pakai dan bawa dalam bag. Kalau hangout lepas makan, boleh topup balik bibir uols tu.

1. Lip INK Peripera boleh beli di sini - http://goo.gl/hCvCPs
2. Essence Stick Concealer boleh beli di sini - http://goo.gl/5rbYNt


Selamat mencuba. Lips INK tu boleh ganti dengan lipstick dan lip tint warna kegemaran anda. Lipgloss pun boleh!




Mantap