Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 15 Ogos 2016

Loreal Tint Caresse & Chriszen Tinted Lip Color from HERMO.MY



Okey, akhirnya item yang iols beli dari HERMO sudah selamat sampai. Yang anehnya mereka pos dalam dua parcel yang berbeza untuk dua barang ni. Aneh juga. Tak tahu kenapa. Mungkin tanggal semasa dalam proses penghantaran atau item telah dihantar melalui dua lokasi yang berbeza. Iols perasan HERMO ni lokasi dia kat JB. Tapi untuk produk Loreal yang iols belit tu resitnya dari Selangor. Adakah mereka pos dari dua lokasi berbeza? Iols tak pasti.

Tak kisah tu semua uols, yang penting barang yang iols beli sampai pada waktu yang sama dan hari yang sama. Item yang iols beli adalah:

1. Loreal Tint Caresse - Sakura Blossom
2. Chriszen Tinted Lip Color - Mandarin

Seperti yang sedia maklum, produk Chriszen lebih murah berbanding Loreal. Tapi kualitinya, iols lebih suka Chriszen Tinted Lip Color tu, sebab warna dia tahan lama kalau pakai. Berbanding Lorean Tint Caresse yang ala2, Lips Gloss XXL Matte Long Lasting daripada jenama Essence. Bau, rasa dan teskturnya sama. Cuma di packing dengan cara lain aje. Tertipu iols.

Bab warna, Chriszen Tinted Lip Color lebih power. Sapu sikit dah cerah warna. Berbanding Loreal Tint Caresse tu sampu sampai nak terkopek bibir, nampak tak nampak aje. Hahahaha..

Apa-apa pun HERMO.COM memang terbaik servis dia. Puas hati.

Nak beli online dengan mereka boleh aje klik sini - https://www.hermo.my/

Kalau nak beli apa yang iols beli boleh klik link di bawah:

**1. Loreal Tint Caresse - Sakura Blossom - https://goo.gl/2pxE2x
**2. Chriszen Tinted Lip Color - Mandarin - https://goo.gl/MEy784

**Selagi stok masih ada.





Mantap