Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 11 Ogos 2016

Produk Kosmetik dan Makanan Kesihatan yang dikeluarkan orang Melayu produk RE-BRANDING?


Kalau masih ingat, sebelum ni ada viral pasal video seorang perempuan ni kutuk produk kosmetik keluran orang Melayu ni kebanyakan bahan yang sama dikeluarkan oleh kilang yang sama kemudian di re-branding atau dalam Bahasa Melayunya, penjenamaan semula. Betul ke?

Sebenarnya, aku sokong 98% pendapat perempuan dalam video tu. Cuma cara gaya dia cakap dan kata-kata dia tu yang macam memperlekeh sebab tu orang salah tafsir dan keji. Siap bandingkan dengan produk korea, sedangkan ada juga orang kita guna produk korea beli timbang kilo kemudian bubuh dalam botol, letak jenama sendiri. 

Ingat lagi dulu Sendayu Tinggi memulakan bisness dia kecil-kecilan. Produk dia hanya masuk kios-kios jamu je. Sekarang tengok. Dah ada oulet sendiri dan ada slot sendiri kat Watson. Tak ke meletop tu? Tapi sekurang-kurangnya nampak usaha dia nak masuk Watson tu bila kena kukuhkan jenama dia dulu sehingga pembungkusannya ada hak cipta. Tak macam satu produk artis terkenal seorang ni. Baru buka bisnes, tup-tup dah masuk Watson. Nampak macam ada cable orang dalaman aje. Tak nampak usaha dia dalam meniaga di situ.

Okey, merepek dah. Berbalik pada topik kita. Sebenarnya, aku tak nafikan produk orang kita yang mana jualannya hanya lepas ke kedai-kedai dan kios-kios jamu tu semua bahannya diambil dari kilang yang sama. Letak perwarna berbeza, masuk dalam botol design sendiri letak lebal sendiri. Terus berada di pasaran. 


Mana yang pengasas dia dah jadi jutawan buina banglo dah macam bina khemah, shopping kat luar negara dah macam kita shopping kat pasar malam tu, lainlah. Sah-sah dah kaya so biasanya depa menggunakan pembungkusan yang direkaan botol khas dan punya hak cipta. Tapi untuk peniaga kecil-kecilan yang baru nak meningkat naik ni, biasa guna ajelah pembungkusan sedia ada. Botol krim, bekas foundation semua ready mate. Dah siap. Tinggal letak bahan tu, tampal atau print label, masuk dalam kotak, jual. Dah ada produk sendiri.

Tapi jangan terkejut kalau isi kosmetik atau makanan kesihatan tu sama aje macam produk-produk dari pengasas yang dah bergelar jutawan tu. So, sebab tu aku macam rasa risau nak beli produk-produk orang Melayu kita ni yang jenis nampak murahan pembungkusannya. Kalau kita beli kat Watosan atau Guardian, in case ada kesan buruk, kita boleh adukan pada mereka atau bawa hal tu ke tengah. So, kita boleh pertikaikan pihak Watson yang jual produk bahaya tak buat kajian dulu.

Tapi kalau yang jual kat kios-kios dan kedai jamu tu, kalau ada kes macam mana ya? Nak marah pun tak guna selain boikot ajelah produk tu. Sedangkan Safiey Elias sebelum ni pernah upload gambar krim dan sebuk minuman kesihatan yang dia beli timbang kilo. Dalam baldi uols! Lepas tu dia masukan dalam botol lekat label sendiri jual. Kalau tak silap dulu, produk Aurora dia tu semua.


Gambar kat atas tu antara gambar produk yang dibeli timbang kilo. Atas kiri  foundation atau bedak asas. Atas kanan, haaa... tu minuman kesihatan yang katanya boleh cerahkan kulit tu. Shake! Shake! Uols tuh. Yang bawah tu pulak krim pemutih. Yang mana sebelum nak bungkus kena campur bahan lain bagi cair sikit.

Nampak tak? Semuanya beli timbang kilo dari kilang yang sama pastu bubuh jenama sendiri. Entah-entah pengasasnya pun tak pasti produk tu berkesan ke tak. Asalkan boleh jual dapat pulangan, sudah. Berkesan atau tidak itu belakang kira. Marketing dan iklan kena meletop. Hakikatnya depa tak fikir pun pasal keselamatan dan nyawa pengguna.

Aku merepek ni bukan aku main cakap aje. Aku pernah beli produk kurus dari pengasas yang dah jadi jutawan tu. Serbuk dia sebijik macam serbuk inai. Bahan-bahan pada bungkusan memang ada inai. Giler bagi pengguna menum inai berperisa masam? Inai untuk orang pakai kat kukulah! Kesannya memerut selepas 6-8 jam minum. Macam boleh merosakan buah pinggang. Kesan inai tu buat najis berwarna hitam! Berkesan ke? LANGSUNG TAK! 

Satu lagi aku beli set trial penjagaan muka ni pun dari pengasas yang dah jadi jutawan tu. Katanya dari sumber kunyit. Dalam set trial tu ada sabun cuci muka, toner dan krim pencerah. Nak tahu? Sabun kunyit bermadu dia tu standard sabun lilin murahan yang orang boleh buat sendiri tu. Dahlah sturktur kasar konon-konon ada hampas herba dalam tu. Lepas cuci, kulit terus kering dan muka rasa tengang. Rasa macam cuci muka guna sabun mandi jenis buku tu! Tak pun macam cuci muka guna sabun basuh baju. Hampeh!! Krim pencerah dia pulak, berminyak bila pakai kat muka. Kemudian, krim tu ada bedak yang akan memutihkan muka korang macam pelakon ipera cina!!! Aku pakai sekali terus aku cakap, BODOHNYA KRIM NI!! Testimonial pada produk tu menipu teramat sgt! Halal ke jual barang dengan testimonial menipu??

Kalau korang perasan, pengasas dia tak pakai pun produk kosmetik dia yang jenis krim-krim ni. Mekap pun pakai produk M.A.C. Dan lagi satu kalau kau orang perasan, produk Melayu ni merepek harga dia. Krim tu ini aje, harga nak sampai RM150. Ada tu sebuk kurus re-branding aje pun. 30 paket dia jual sampai RM110... hoi!!! Pil vitamin demoris tu pun tak semahal prosuk kau lah! Serbuk mutiaralah apalah. Mahal ya amat. Berkesannya pun tak.

So, pada korang semua, hati-hatilah beli produk kecantikan tu. Belilah porduk yang sah. Jangan terlalu ghairah nak berkesan cepat, kau beli produk tak berkuali. Kesannya kalau tak menjadi kau orang juga yang akan hadap nanti. So, fikir-fikirkanlah...






Mantap