Special Gift

Special Gift (Limited Edition) Dari HASRUDI JAWAWI


Khas untuk yang tidak dapat berjumpa dengan HASRUDI JAWAWI (HJ) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 pada 27 April 2014 yang lalu, dengan ini HJ ingin berkongsi special gift yang sama ini kepada mereka yang tidak bisa memilikinya terus dari HJ secara face to face. Namun, kelebihan pada mereka yang berjumpa HJ, mereka dapat kedua-dua gift di atas. Namun, untuk pemberian melalui pos, HJ hanya bisa memberi salah satu dari gift di atas kepada anda secara random.

Macam mana nak dapatkan gift ini? Mudah sahaja, bacalah TERMA & SYARAT di bawah;

TERMA DAN SYARAT Untuk Memiliki SPECIAL GIFT LIMITED EDITION daripada HASRUDI JAWAWI (HJ).

1. Warga negara Malaysia. Namun, untuk pembaca di luar Malaysia tetap jua diterima tetapi HJ tidak bertanggung jawab atas segala masalah dalam proses pos.

2. Hantarkan sampul surat bersaiz;
 
  • 5.25" x 7.5" (133.35mm x 190.5mm); atau
  • 4.5" x 9.75" (114mm x 248mm); atau
  • 6" x 9" (152mm x 229mm),

bernama dan alamat sendiri serta bersetem minima RM1.00 (tampal di sudut atas kanan sampul surat) kepada:

HASRUDI JAWAWI
D4, KAMPUNG PARIT YUSOF MK4,
83500, PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR.


p/s: Untuk pembaca di luar Malaysia, pastikan jumlah setem yang digunakan bersesuaian dengan kadar yang telah ditetapkan oleh pihak pos negara anda bagi pengeposan standard document.

3. HJ juga menerima sampul surat POS EKSPRESS (yang masih belum digunakan) yang ditulis Nama dan alamat sendiri di ruang yang sepatutnya bersaiz 229mm x 162mm.

4. Sebolah-bolehnya, sampul surat bernama dan alamat sendiri itu dipos kepada HJ menggunakan pos biasa (bersetem).Namun, HJ tetap menerima pos berdaftar dan Poslaju. Segala kos pos ditanggung sepenuhnya oleh pengirim.

5. Gift akan dipos dengan cara pos biasa (bersetem) dan akan memakan masa 7 - 14 hari bekerja untuk sampai kepada pihak anda bagi yang menggunakan pos biasa. Bagi yang menggunakan POS EKSPRESS 1 - 2 hari bekerja.

6. HJ tidak akan membuat proses pengeposan gift ini secara pos berdaftar atau Poslaju kepada penerima. Semuanya dilakukan melalui pos biasa dan POS EKSPRESS sahaja.

7. HJ tidak bertanggungjawab atas segala kerosakan, kesilapan dan kegagalan yang berlaku semasa proses pos yang disebabkan oleh pihak Pos Malaysia atau alamat yang bercanggah pada sampul surat yang dikirim oleh pengirim.Jadi, pastikan tiada kesilapan pada nama dan alamat anda.

8. Ada dua jenis gift yang berbeza dari HJ iaitu; BIOGRAFI HASRUDI JAWAWI dan KOLEKSI DIALOG PILIHAN PAPA NAK MENANTU, dan setiap satu nama hanya layak menerima salah satu daripadanya dan gift itu akan diberi secara random tanpa ada penerima membuat pilihan.

9. Satu nama hanya layak menerima satu gift sahaja demi memberi ruang untuk penerima yang lain mendapatkan gift ini. Disebakan itu, HJ hanya menerima satu sampul surat untuk satu nama sahaja. Kiriman yang melebihi satu penerima (lebih satu sampul surat) dalam satu kiriman masih diterima tetapi hanya satu nama sahaja yang akan diberi gift tersebut. *Terkecuali untuk kes istimewa.

10. Setiap gift akan dipos melalui POS MALAYSIA (SAHAJA) pada setiap hari ISNIN dan hari berikutnya jika pada hari tersebut adalah cuti umum.

11. Sistem 'chop', 'book', 'tempahan', tidak dijamin kerana, HJ mengamalkan kirimim sampul surat siapa yang sampai dahulu, ia akan di pos terlebih dahulu.

12. Gift ini adalah limited edition dan tiada tarikh tutup. Jika kiriman sampul surat anda sampai tatkala gift ini sudah kehabisan, HJ akan menggantikannya dengan gift yang lain dan ia adalah misteri. Walau bagaimana pun, jika gift ini sudah habis, HJ akan maklumkan di sini, blog atau FB.

13. Bagi menghargai pembaca karya HJ yang jauh dimata dekat di hati. Jika anda ingin mengirim sampul surat bernama dan beralamat sendiri dan bersetem berserta bookmark (penanda buku) novel-novel HJ untuk HJ sign atau turunkan autograf pada bookmark tersebut, HJ akan terima. HJ akan sign bookmark tersebut dan dipos kembali kepada anda bersama-sama gift tersebut. PASTIKAN SAMPUL SURAT YANG DIGUNAKAN UNTUK KEDUA-DUA BELAH PIHAK BESESUAIAN DENGAN SAIZ BOOKMARK TERSEBUT. HJ tidak akan bertanggung jawab atas segala kerosakan pada bookmark tersebut andai ia berlaku disebabkan pihak Pos Malaysia atau ketika proses pos. HARAP MAKLUM. Tiada paksaan untuk pengeposan berserta bookmark ini.

14. Terimanya HJ sampul surat yang dikirim anda (beserta sampul surat bernama dan beralamat sendiri dan bersetem) bermaksud anda bersetuju dengan terma dan syarat di atas. Jadi, sila baca terma dan syarat di atas sejelas-jelasnya.

Sekian, terima kasih. Sayang anda ketat-ketat.



Pages