FAQ Ops! Zulaikha



HJ wujudkan halaman ni adalah bertujuan untuk menjawab segala persoalan yang telah di tanyakan kepada saya mengeni persoalan-persoalan, konflik thril atau konflik memeningkan kepala di dalam novel Ops! Zulaikha... Mungkin ada persoalan lain yang anda nak tanya kan terus pada HJ, tapi soalan tu tak ada kat halaman ni, betul tak? Jangan risau, anda boleh tinggalkan soalan/kemusykilan anda ke email-email berikut:

Email: hasrudijawawi@yahoo.com
Inbox Facebook: hasrudi.hirdy@facebook.com

Atau berinteraksi terus dengan penulis melalui akaun Facebook berikut.


Jangan malu, jangan segan untuk meninggalkan soalan anda mengenai novel OPS! ZULAIKHA ini. Segala soalan dan jawapan akan di kemas kini di halaman ini. IsnyaALLAH di dalam inbox atau email juga saya akan balas dan menjawab segala persoalan anda. Berikut adalan persoalan yang telah dipertanyakan kepada saya dan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terus bertanyakan segala persoalan itu terus kepada saya. Walau bagaimana pun, halaman ini akan di kemas kini dari masa ke semasa. Setiap jawapan adalah dari HASRUDI JAWAWI sendiri. Harap maklum.

FAQs

1. Kenapa novel ini sangat mengelirukan dan memeningkan pembaca.
Jawapan: Ya, semasa membuat novel ini, itulah motif saya untuk buat pembaca berfikir lebih sedikit dan mengingat fakta-fakta terdahulu yang ada di setiap bab dan halaman. Bertujuan untuk apa? Untuk buat minda anda bersenam sedikit supaya dapat berfikir dan mengingat. Macam badan jugalah, perlu bersenam untuk kekal sihat. Tapi saya tak bermaksud menganggap minda anda tidak sihat ke apa, tapi sekadar nak bagi senaman sedikit minda anda bagi peminat cerita thriller sebegini.

2. Kenapa plot komedi romantiknya tak banyak seperti novel CUCUR BAWANG DAN KOPI 'O' (CBKO)?
Jawapan: Kelainan, itulah yang cuba saya sampaikan. Jawapan klise ke? Hehehe, Saya tahu ramai yang kata Novel CINTA AWEK DAN PAKWE (CADP) pun tak setanding CBKO sebab babak romantis komedinya tidak sebanyak di CBKO. Ya, betul, itulah kelainan yang saya cuba sampaikan. CADP saya lebih berkongsi pengalaman saya tentang pesakit dan penyakit Leukemia. Pengalaman berharga yang saya alami sendiri semasa menjaga arwah abang saya yang ketiga yang menghidap penyakit itu dua tahun lalu saya kongsikan kepada pembaca. Walaupun ada yang skip bab-bab penerangan tentang penyakit itu, saya tetap coretkan demi berkongsi serba sedikit ilmu yang saya ada kepada pembaca. Bagi OPS! ZULAIKHA (OZ) pula saya menekankan kepada dunia kepolisan walaupun tidaklah terlalu tepat sistemnya, saya tetap dan cuba yang terbaik untuk dipersembahkan kepada pembaca. Selain itu saya kongsikan juga tentang jenis-jenis dadah dan hukuman yang melibatkan dadah. Walaupun ada yang skip bab-bab kepolisan itu, saya tetap mencoretkannya demi berkongsi apa yang ada di sebalik dunia kepolisan dan penyiasatan hasil kajian yang saya buat.

3. Kenapa yang jahat semuanya terhapus?
Jawapan: Jika anda hayati bab-bab akhir pasti anda sakit hati atau mungkin sedih kenapa pengakhiran novel ini begini. Boleh di katakan semua yang jahat di hapuskan. Anda perasan tak konflik semasa watak yang terhapus nak mati? Jika anda dapat selami jalan ceritanya, di sebalik kematian itu semuanya melibatkan pengkhianatan dan dendam. Saya sebagai penulis ingin membuktikan yang khianat dan dendam ni semuanya tidak membawa kebahagiaan dan kebaikan. Itu pengajaran yang saya cuba sampaikan walaupun nampak macam klise dan simple.

4. Kenapa dalang kecil semua terhapus, dalang besar terselamat?
Jawapan: Apa itu hidayah? Hidayah ialah cahaya petunjuk daripada Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya untuk menuju ke jalan yang benar dan diredhai. Dari maksud hidayah itulah saya selitkan di dalam novel ini. Kadang kala kita rasa tak adil, kenapa yang baik selalu di tindas dan yang jahat terlepas dan aman damai. Itu bermakna ALLAH masih sayang kepada seseorang itu supaya dia bertaubat sebelum terlambat seperti watak-watak yang terhapus. Qadir dan Darwish. Siapa dalang sebenar? Kalau saya bercerita detil di sini tidaklah teruja untuk mereka yang belum baca, betul tak? Jadi, apa yang saya boleh katakan, Qadir sempat berubah dan sedar kesilapannya sebelum dia pergi. Manakala dalang sebenar cerita ini telah menerima hidayah ALLAH selepas kepergian insan tersayangnya, Dia sempat bertubat dan berubah kepada yang lebih baik. Jadi, dari novel ini juga, saya nak buktikan yang Hidayah ALLAH itu hak ALLAH, dan ia rahsiaNYA. DIA akan bagi kepada sesiapa yang DIA kehendaki, tak kiralah seberapa hina hambaNYA itu, jika DIA hendak berikan hidayahNYA, DIAakan beri. Tiada sesiapa dapat menyangkal dan menepis kehendakNYA.

5. Kenapa Endingnya Zulaikha pergi?
Jawapan: Semua orang nak happy ending untuk sebuah percintaan itu, bukan? Kalau anda perasan, Hero dalam novel ni, menemukan kebahagiaannya dengan memberi peluang kepada insan yang bersalah padanya dahulu. Apa yang cuba saya sampaikan dalam OZ jugak, adalah erti kemaafan. Tak salah kita memaafkan orang yang telah menzalimi hati kita. Untuk pengetahuan semua, balasan untuk sebuah kemaafan adalah kemanisan. Dari kealpaan dan kesilapan masa lalulah kita akan berubah ke arah yang lebih baik, betul tak? Setiap manusia berhak menerima  peluang kedua, ketiga, atau keempat sekali pun, asalkan peluang itu dihargai sepenuh hati kerana kita juga manusia biasa yang terkadang alpha dengan nikmat dunia. Pernahkah anda terfikir kesan andai Zulaikha dan Darwish bersatu? Pasti akan timbul banyak masalah di dalam hidup Zulaikha yang berkerja sebagai angota polis jika dia tahu siapa sebenarnya Darwsih di masakan akan datang. Betul tak? Kalau saya mahu menceritkan kesan itu, pasti novel ini akan jadi 1400 muka surat.

6. Siapa 'Brother Roy' dalam cerita ni?
Jawapan: Anda cuba baca dari Bab 99 sehingga bab 100. Di situ ada klu yang jelas siapa sebenarnya 'Brother Roy'. Apa? Terkejut? Tak di sangka-sangkakan? Ha, kenapa saya buat begitu jalan ceritanya? Saya nak bagi tahu anda semua yang tak semua watak hero ni perfect dan baik. hero tak semestinya seseorang yang  layak disanjungi dicontohi. Itu kelainan yang saya cuba sampaikan. Manusia ini tidak sempurna, jadi ketidaksempurnaan tu saya serapkan ke dalam watak 'Brother Roy' itu sendiri. Tak semestinya yang berserban dan berkofiah itu semuanya alim. Tak semua yang jahat dan zalim itu keji selamanya. Tak semestinya yang sasa dan kacak itu adalah calon suami yang sempurna. Itulah yang saya cuba sampaikan dalam novel kali ini.

7. Kenapa jodoh mereka tak panjang?
Jawapan: Jodoh siapa? Ha... nak tahu kenalah baca. Selain itu saya nak sedarkan pembaca juga tentang realiti lain yang kita tak nampak atau buat-buat tak nampak. Jodoh, Ajal, maut, rezeki dan apa yang berlaku di masa akan datang adalah rahsia ALLAH. Semua itu Hak ALLAH. ALLAH sahaja yang tahu semua ketentuanNYA . Andai kita bercinta 50 tahun sekali pun, andai jodoh tak panjang, tetap akan terpisah dengan satu sebab yang munasabah rancangan TUHAN. Kita tak boleh berpaling pada kenyataan itu kerana itu realiti kehidupan kita. Tak semua yang kita nak kita akan dapat. Tak semua yang kita rancang akan berlaku seperti yang kita rancang.


8. Bukankah Qadira dan Kamal mula bercinta? Mengapa Darwish dan Qadira berkahwin juga?
Jawapan: Di bab 100 dan 101, ada menceritakan yang Qadira terpaksa menerima Darwish demi menjaga legasi syarikat keluarga mereka, Merbok Construction Berhad. Selain itu dia perlu memenuhi permintaan ayahnya yang murung. Demi mengembalikan semangat ayahnya yang sedih atas kehilangan Qadir, Qadira akur dengan jodoh yang ayahnya kehendaki. Lagipun, belum ada kata cinta terzahir di antara Kamal dan Qadira yang boleh membuatkan mereka digelar pasangan kekasih. Dalam masa yang sama Kamal mula didekati Shida, rakan sekerjanya yang lain. Jadi, jawapan yang tepat, Qadira dan Darwsih berkahwin demi mengekalkan ikatan kekeluargaan mereka dan mengukuhkan legasi Merbok Construction berhad.


Halaman ini akan dikemas kini dari masa ke semasa. Anda yang ada akaun Facebook, boleh tinggalkan pesoalan anda mengenai novel ini di ruang komen FB di bawah:


Pages