#12 Town Mall


TOWN MALL
Nama Pena: HASRUDI JAWAWI
Penerbit: BUKU PRIMA

Sinopsis:
Bangunan terbengkalai itu punya misteri tersendiri. Desas-desus mengatakan, projek itu terbengkalai disebabkan berlakunya gangguan makhluk halus pada pekerja-pekerja pembinaan dan jurutera yang menguruskan projek itu, menyebabkan projek itu tidak dapat disiapkan.

Selepas hampir 10 tahun terbengkalai, sebuah syarikat pembinaan tempatan yang terkenal di negara ini cuba menyambung semula kerja-kerja pembinaan dengan harapan bangunan itu akan menjadi sebuah pusat membeli-belah terkenal dan terkemuka di bandar Seremban.

Mampukah projek itu disiapkan dengan sempurna tanpa ada masalah? Adakah gangguan makhluk halus yang mengganggu sebelum ini benar-benar sudah tiada? Apakah hal yang berlaku 10 tahun lalu tidak akan berulang kembali?

TAMBAHAN:
Novel in itelah diadaptasi ke filem terbitan Enuja Productions Sdn Bhd. Namun terpaksa ditangguhkan tayangannya yang sepatutnya ditayang pada 24 Mac 2020  ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak disebabkan wabak COvid 19 yang semakin serius di seluruh dunia.



Disebabkan masalah pendemik Covid 19 masih tidak reda, Filem Town Mall mula ditayangkan di panggung rumah anda ASTRO FIRST bermula 25 Jun 2020. Pelanggan Astro boleh melanggan filem ini bermula 25 Jun 2020.



Poster rasmi filem TOWN MALL 2 yang bakal ditanyangkan tidak lama lagi. Sama ada hujung 2022 atau pada tahun 2023. Nantikannya.



Filem TOWN MALL telah menjadi Filem terbaik bagi ketegori 'BEST HORROR' di Los Angeles Film Award 2022 untuk bukan Oktober. Tahniah diucapkan kepada pengarahnya NEVIN HIONG atas kemenangan ini.

Pages