SINOPSIS
Six Siblings, kumpulan TikTokers yang pernah menguasai trending page, kini berdepan krisis apabila view mula merudum, content basi dan pendapatan semakin mengecil. Mereka tahu jika mahu terus bertahan, mereka perlukan sesuatu yang luar biasa. Sesuatu uang mampu menggoncang penonton bagi mengembalikan nama mereka kembali jadi sebutan.
Maka, datanglah idea gila itu, iaitu meneroka Kampung Beringin, sebuah kampung yang misteri. Penduduk setempat mendakwa kapung itu menyimpan rahsia lama yang tidak diketahui sehingga sekarang. Bagi Six Siblings, ini bukan sekadar kisah misteri semata-mata, inilah peluang yang mereka cari. Semakin berbahaya, semakin tular.
Namun, sebaik kaki menjejakkan tanah di kampung itu, sesuatu mula berubah. Bukan sekadar gangguan kecil, bukan sekadar bunyi aneh atau kelibat bayang. Satu demi satu ahli kumpulan itu mula merasakan kehadiran yang terlalu dekat. Bunyi perabot diseret di homestay, bayang yang meniru langkah mereka dan seolah-olah ada sesuatu yang sedang mempermainkan kewarasan mereka.
Segalanya memuncak apabila mereka menemui sebuah banglo usang di tengah kampung, lokasi sempurna untuk membuat live. Tetapi di situlah mimpi ngeri bermula. Banglo itu bukan sekadar rumah tinggal. Ia adalah pintu. Sebuah pintu ke dimensi misteri yang tidak mengenal logik masa, ruang dan realiti.
Mereka tahu, mereka mungkin akan terperangkap selama-lamanya di kampung itu.
Review seram dari meja editor:
Ini bukan sekadar novel seram, tetapi bagaikan sebuag filem seram yang takkan berhenti membuatkan anda berdebar-debar dan terus menjerit histeria.
![]() |
| DJINN - HASRUDI (Full Cover) |
Tajuk Novel: DJINN
Nama Pena: HASRUDI
Penerbit: MUST READ SDN BHD
ISBN: 978-629-7836-05-8
Harga: RM30 (Semenanjung) / RM33 (Sarawak & Sabah)
Tarikh Terbit: SEPTEMBER 2025
Tarikh Di Pasaran: NOVEMBER 2025


Tiada ulasan:
Catat Ulasan