Peojek Seram: HOSTEL
Nama Pena: HASRUDI JAWAWI
Penerbit: BUKU PRIMA
Sinopsis:
Percutian Naurah, Puteri, Nora, Masni dan Musliha ke Air Papan Mersing dilanda malapetaka selepas mereka menginap di sebuah tempat penginapan jenis hostel yang tidak berpengunjung. Sejak mereka menjejakkan kaki di tempat penginapan itu, Naurah sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ternyata tebakan dia mengena apabila malam menjelma, mereka hilang seorang demi seorang. Makhluk apa yang telah menculik mereka?
Apabila yang berada di hadapan mata, bukanlah yang sebenarnya... / HILANG
Hari pertama Aida melangkah di hostel jururawat Cempaka Sari, dia dibelenggu misteri. Sebuah hostel lama yang terletak bertentangan meninggalkan tanda tanya di fikiran. Bangunan hostel itu terpasak pagar papan di sekelilingnya yang tertulis kata-kata amaran. Cerita-cerita menakutkan daripada senior tentang hari 10 Oktober membuatkan Aida kian tidak betah. Hari demi hari yang dilalui kian menggerunkan sehinggalah pada suatu hari papan yang mengelilingi hostel lama itu patah. Sesuatu yang terkurung lama di situ telah terbebas! Kematian demi kematian berlaku. Siapa dalang yang membebaskan ‘ia’? Dan apakah kaitan tarikh puaka 10 Oktober dengan bangunan hostel lama itu?
Setiap kali ia menjelang, kematian penamatnya. / 10 OKTOBER
Herlina bukan tiada pendidikan tinggi tetapi desakan hidup membuatnya terima sahaja pekerjaan maid di Borneo Amazon Homestay, Tawau. Sebuah pusat penginapan tidak jauh dari Lost World, Maliau Basin Sabah sangat pelik tempatnya. Setiap malam di bilik hostelnya, ada sahaja gangguan yang dialaminya. Peliknya hanya dirinya sahaja mengalaminya. Kenapa yang lain santai dan tiada? Blok ‘Rawalingga’ itu mempunyai struktur bangunan lain dari yang lain. Lalu, perlahan-lahan semakin terbongkar rahsia gelap kejahatan bersemadi di tapak hostel itu. Semuanya bermula dari ratusan tahun dahulu.
Jaga-jaga! Jangan terpedaya apa yang kau lihat. / PETAKA DI RAWALINGGA
Lima gadis, dengan agenda tersendiri menyertai satu penggambaraan telemovie realiti seram yang dikelolakan oleh seorang pemuda bernama Syahsyamusa. Daliana, Rosmuna, Widelia, Amani, Faeza dan Cahaya berjaya dalam uji bakat yang diadakan. Mereka ditawarkan dengan wang sebanyak RM 50,000 sebagai bayaran. Sebuah Hostel yang baru dibina tidak diduduki menjadi sasaran lokasi penggambaraan. Pelakon-pelakon hantu bersedia untuk memainkan peranan.Dan kisah seram lima gadis itu pun bermula…
Jangan celopar, bila jumpa di depan mata baru kau diam! / SYY...