#25 PENGABDIAAN

 



Assalamualaikum dan Selamat pagi. Salam tiga Ramadan 1446H kepada semua. Alhamdulillah selepas lebih dua tahun tiada karya baru, di bulan mulia ini karya terbaru HJ bakal menemui anda tidak lama lagi. Apa yg boleh dikatakan utk karya terbaru ni HJ guna konsep sama macam novel Banglo Seksyen 12, iaitu cerita dalam cerita. Ada babak flashback yg mungkin akan mengelirukan anda. Bermula dari Pengabdian ini mungkin HJ akan kecilkan lingkaran plot watak supaya tidak terlalu banyak. Bimbang jadi mcm novel Town Mall. Tebal jadinya. Untuk Pengabdian jalan cerita lebih straight forward pada watak utama sahaja. Lebih bermain dengan pergerakan watak. Mungkin boleh di katakan ini novel seram pertama HJ yang paling banyak babak hantunya muncul. Gitulah..harap percubaan ini menjadi. Nak tahu détail harga dan kover boleh tinjau-tinjau semua media sosial Buku Prima termasuk bila karya ini masuk kedai buku dan KARANGKRAF Mall. Berikut adalah sinopsis Pengabdian versi HJ:


Kematian kakaknya membuatkan Rozi terpaksa menjejakan kaki di vila milik abang iparnya. Sejak Rozi berada di vila itu, bermacam-macam gangguan misteri telah dia alami. Bisikan-bisikan aneh kerap kali menyapa telinganya sehingga membawa dia ke bilik hujung di aras dua yang telah menyimpan sesuatu yang misteri.


“Apa yang saya tahu, kalau dari keluarga dukun ni, mesti ada membela. Dan apa yang dibela tu mesti nak tuntut waris dan sebangainya.” – Rozi


Penampakan makhluk berbungkus kain lusuh dan kotor persis pocong sering kali menucul menganggu Rozi. Makhluk itu menganggu dan terus menganggu. Dia yakin semua itu pasti ada kaitan dengan keluarga abang iparnya yang berketurunan dukun. Kemunculan budak lelaki berbaju hitam tanpa wajah dari bilik hujung di aras dua itu juga mengundang tanda tanya. Misteri apa yang ada di dalam bilik hujung di aras dua itu? Apa yang budak lelaki berbaju hitam tanpa wajah itu inginkan? Andai memang benar di dalam bilik hujung itu terdapat saka warisan daripada keluarga Hisham, kenapa Rozi yang diganggu?


“Saya yakin pocong tu ada motif. Untuk selesaikan masalah ni, awak kena tahu apa tujuan ‘dia’ ganggu awak.” – Sufian


“Ada sesetengah budak-budak akan ada kawan ‘olok-olok’ untuk mengisi kesunyian dia. Lebih-lebih lagi anak tunggal macam Dani tu.” – Sarah


“Rosmi tak akan baca ayat pengabdian itu secara rela. Sebaliknya, kau memperdaya dia dengan helah kau. Itu kau namakan pengabdian?” – Pak Pandak


“Satu perjanjian pengabdian telah dibuat oleh orang terdahulu yang melibatkan…” – Ustaz Rosman.



#hasrudijawawi #novelseram #pengabdian #bukuprima #horror #horrornovel #adaptasifilem #adaptasinovel

Tiada ulasan:

Pages